Perlukan Duit Poket Lebih? Kerja Part Time Sebagai Promoter Dengan Bayaran RM120-RM150 Sehari - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Perlukan Duit Poket Lebih? Kerja Part Time Sebagai Promoter Dengan Bayaran RM120-RM150 Sehari - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 6, 2016
pada 2:12 AM

Siapa lagi yang sedang mencari duit poket lebih? Bulan ni macam banyak guna duit je. Waktu kritikal macam ini lah pula kereta buat masalah, dah melayang lagi duit gaji. Jangan susah-susah ini ada satu kerja Part-Time terbaik sekali buat korang semua! Jom buat kerja sambilan sebagai Promoter di Human Capital Connection dengan gaji RM120-RM150 sehari! Ini memang cukup lah kalau nak tampung bil-bil " terlebih" setiap bulan tu. 

 

 

Keperluan kerja

  • Pemohon haruslah warganegara Malaysia
  • Punyai kenderaan sendiri (kereta) tetapi sesiapa yang mempunyai motosikal juga  boleh memohon.
  • Mempunyai lesen memandu
  • Mempunyai telefon bimbit pintar (smart phone) untuk menunjukkan website kepada pelanggan
  • Mampu untuk melakukan outdoor assignment.
  • Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggeris

 

 

Tanggungjawab kerja

  • Sebagai AppyHome promoter, perlu melakukan kajian mengenai perabot serta barangan rumah di sekitar Klang Valley, KL dan Selangor
  • Mengumpul database untuk kesemua dealers serta suppliers.
  • Lokasi kerja akan diberikan berdasarkan kawasan mana yang calon lebih serasi
  • Menunjukkan AppyHome serta demonstrasikan aplikasi ini.

 

Lokasi kerja

Lokasi kerja adalah di Puchong, Selangor. Kerja sambilan ini memang menguntungkan kerana sudah lah bayarannya amat lumayan sehari, bukan itu je tetapi bakal dapat elaun pengangkutan juga tau. Sambar cepat kekosongan ini sebelum orang lain ambil!