Ada Tak Sebarang Undang-Undang Jika Majikan Ambil Kesempatan Ke Atas Intern? -Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja

Ada Tak Sebarang Undang-Undang Jika Majikan Ambil Kesempatan Ke Atas Intern? -Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 6, 2016
pada 2:51 AM

Sering kali dengar berita mengenai pengalaman lakukan latihan industri (internship) ada yang katakan ianya sangat best dan dilayan baik oleh semua orang termasuk lah majikan. Tetapi ada juga yang bernasib malang apabila mendapat majikan yang jenis suka ambil kesempatan ni. Mentang-mentang lah hanya budak intern dia suruh buat macam-macam kerja dan selalu juga kena kerja lebih masa. Sudah lah gaji tidak dapat yang ada hanyalah elaun bulanan rata-ratanya RM500 sahaja. Betul tak? 

 

 

Adakah majikan mengambil kesempatan terhadap intern?

 

Sebagai intern, korang sepatutnya diberikan internship agreement oleh syarikat tersebut.Baca dengan teliti waktu bekerja, bayaran dan kesemuanya. Jangan hanya membuta tuli sahaja tandatangan sebab memikirkan "alah, intern je pun, apa je boleh jadi kan?". Jangan sesekali fikir macam tu, dari sini lah terjadinya kesilapan besar. Kadang-kadang kes disuruh bekerja lebih masa semuanya ni dah biasa sangat terjadi terjadi tetapi ramai intern yang tak ambil pusing sangat sebab diorang rasakan yang ianya perkara biasa. 

Kalau nak tahu majoriti daripada yang pernah melalui latihan industri mempunyai pengalaman yang tidak baik dan merasakan seperti mereka dipaksa menjadi kuli sahaja. Majikan arahkan korang bekerja lebih 12 jam dan bayaran juga sangat tidak setimpal, berbaloi ke dengan segala usaha dan penat lelah korang? "Tak apa lah, asalkan dapat tempat intern dan pass boleh graduate." Jika korang tidak ambil tahu mengenai undang-undang kerja, memang senang akan dieksploitasi oleh majikan. 

 

Intern juga dilindung bawah Employment Act

 

Ini satu info berguna yang perlu korang ambil tahu bermula dari sekarang. Akta Pekerja, telah dinyatakan bahawa kesemua pekerja yang terikat di bawah kontrak perkhidmatan kerja, dilindung di bawah Akta Pekerja dan ini termasuklah intern. Seorang majikan patut melaksanakan perjanjian berkanun di bawah undang-undang pekerja terhadap intern jika dia melakukan kerja yang sama seperti apa yang dilakukan atau tugas seorang pekerja dalam organisasi tersebut.

Jadi korang sebagai intern lakukan kerja yang sama je kan seperti pekerja tetap lain? Jadi korang sebenarnya sama sahaja taraf seperti pekerja lain dan majikan tidak sepatutnya mempergunakan korang. 

Dibawah Akta Pekerja, sudah termaktub yang pekerja  tidak sepatutnya bekerja lebih 8 jam sehari atau lebih 44 jam seminggu. Tetapi mungkin perlu untuk kerja lebih masa jika pekerja itu bersetuju untuk melakukannya, tetapi di bawah had 12 jam sehari serta jumlah jam bekerja 72 jam sebulan. Majikan juga mesti membayar pekerja yang bekerja lebih masa serta jika individu tersebut bekerja  sewaktu hari cutinya dan cuti am. Kadar bayarannya juga  tidak lari daripada apa yang dipraktiskan di bawah Employment Act.  Bukan itu sahaja, pekerja juga mesti diberikan satu hari cuti (tidak dibayar) setiap minggu. 

 

Majikan harus memaklumkan kesemua info kepada pelatih

 

Majikan sepatutnya tidak menghiraukan intern. Mereka perlu maklumkan intern dengan jelas mengenai kerja  mereka seperti job scope,  masa bekerja, bayaran gaji serta  sebarang manfaat. Kalau korang ada sebarang masalah mengenai kerja, teruskan sahaja berjumpa dengan majikan ataupun berurusan dengan institusi universiti korang untuk mendapatkan penjelasan jika ada terjadi salah faham. Boleh juga korang berurusan dengan Kementerian Tenaga Manusia untuk sebarang nasihat serta pertolongan. Laman web mereka memang amat berguna sekali untuk korang mengetahui apa-apa undang-undang dan hak sebagai intern.