Konflik kerja ni memang akan sering kali timbul. Manusia ni memang lah beremosi dan kadang-kadang kita tak boleh nak kawal kan? Bila sedang marah kita selalu tak dapat kawal tindakan dan bertindak terburu-buru. Apabila konflik di tempat kerja timbul, ianya akan mendatangkan masalah terhadap prestasi kerja korang serta rasa tak selesa untuk bekerja apabila berhadapan dengan orang yang ada masalah ini. Korang perlu buat pilihan samada mahu terus bekerja dan cuba selesaikan konflik itu ataupun terus sahaja berhenti kerja.





