Syarikat Yang Bagus Takkan Ada 5 Polisi Kuno Ini - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Syarikat Yang Bagus Takkan Ada 5 Polisi Kuno Ini - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 9, 2016
pada 2:22 AM

Polisi di tempat kerja sepatutnya berikan kesenangan dalam segi bisnes, itu termasuk menarik perhatian pekerja serta memastikan pekerja terus kekal. Tetapi masih wujud beberapa polisi yang teruk atau tak berapa nak masuk akal yang masih lagi dipraktiskan sejak berdekad yang lalu dan masih tidak berubah walaupun culture sudah makin berubah diarus zaman. Polisi sebegini sudah jadi budaya dan norma dalam tempat kerja serta majikan kurang percaya pada pekerjanya. 

Di bawah adalah 5 polisi kerja yang teruk dan kebanyakkan syarikat atau organisasi yang bagus-bagus sudah lama tinggalkan dan tidak praktiskan lagi, tetapi masih ada ye syarikat yang kekalkan polisi sebegini:

1. Mesti dapatkan Medical Leave dari doktor untuk gunakan sick leave

Sakit yang biasa melanda seperti batuk, selesema serta deman ini yang biasanya pekerja akan gunakan sick leave mereka. Sakit sebegini bukannya kronik mana dan boleh baik dengan rehat yang secukupnya, jadi tidak perlu untuk berjumpa doktor. Syarikat yang menetapkan medical leave ni seakan-akan memaksa pekerja yang sakit untuk bangun dari katil walaupun dengan kepala yang berat untuk memandu ke klinik berdekatan semata-mata untuk meminta doktor beri bukti pada majikan yang dia tidak sihat. Ianya tidak adil pada pekerja yang cuma perlukan beberapa hari untuk berehat sahaja. 

Bukan itu sahaja, malah kos untuk pergi ke klinik dan mengambik ubat adalah mahal. Bukan kesemua syarikat akan berikan compensation untuk medical jadi bagaimana untuk pekerja yang tidak mampu untuk pergi ke  klinik? Begitu sahaja kah cuti mereka akan terbuang tanpa gaji? Ianya menunjukkan yang majikan tidka percaya pada pekerjanya kerana memerlukan bukti sakit. Majikan yang bagus akan mengambil pekerja yang jujur, boleh dipercayai dan tak bersikap kebudak-budakan. Jika ada pekerja yang menyalahgunakan sick leave, majikan boleh lah selesaikan secara bersemuka, tetapi jangan susahkan pekerja yang lain.

 

2. Kerja lebih masa untuk gantikan annual leave atau cuti yang diambil

Ini memang satu polisi yang tidak bermoral apabila menyuruh pekerja bekerja lebih masa di waktu malam atau sepanjang hujung minggu semata-mata kerana mereka mahu ambil annual leave atau cuti kemudian hari. Bukan itu sahaja, jika ada pekerja yang mahu keluar awal untuk pergi appointment doktor atau ada sebarang kerja yanng perlu dilakukan, majikan menyuruh mereka untuk datang kerja lebih awal dengan alasan untuk cover waktu mereka keluar. Apa yang pekerja dapat kalau nak ambil cuti pun kena buat kerja 2x ganda? Gaji masih lagi sama, seakan-akan mereka tidak cuti langsung. Majikan serta syarikat yang bagus akan meneliti cara terbaik untuk berikan pekerjany yang bekerja lebih masa untuk rasa fleksibel.

 

3. Memaksa calon pekerja untuk beritahu gaji terdahulu mereka

Memaksa calon pekerja untuk memberitahu gaji mereka terdahulu bukan hanya mengganggu privacy mereka tetapi juga melemahkan mereka dalam berunding gaji. Ia juga boleh menyebabkan majikan untuk mengekalkan jurang gaji beredasarkan gender. Ini adalah fakta di mana pekerja wanita sering kalai dibayar rendah dibandingkan dengan pekerja lelaki untuk nilai kerja dan jawatan yang sama.

Jadi jika majikan kini tahu berapa yang pekerja dapat waktu kerja dahulu, mereka akan kekalkan purata gaji sebegitu. Majikan yang bagus tidak akan bertanyakan nilai gaji terdahulu serta memaksa. Mereka akan letakkan gaji berdasarkan kemahiran yang mereka ada dan berapa gaji yang mereka sepatutnya dapat berdasarkan jawatan yang ditawarkan. 

 

4. Menghadkan kenaikan gaji jika pekerja menerima tawaran internal

Sesetengah syarikat menghadkan kenaikkan gaji yang datang dengan internal promotion. Cuba katakan yang gaji korang hanya layak untuk menerima kenaikan sebanyak 10% jika korang terima tawaran kenaikkan pangkat di dalam syarikat. Walau korang sedar yang jika mereka ambil pekerja luar untuk jawatan itu, mereka bakal tawarkan gaji yang lebih tinggi. Polisi ini sering kali dipandang remeh, tetapi mereka tidak tahu yang mereka membuatkan pekerja yang terbaik pun boleh meninggalkan syarikat untuk dapatkan gaji yang berbaloi dengan pasaran sekarang. Tidak ada pembelaan yang munasabah untuk nak elakkan syarikat daripada membayar pekerjanya sendiri bayar rendah daripada calon luar.

 

5. Terlampau tegas mengenai waktu pekerja masuk kerja

Memang benar dalam sesetengah syarikat, waktu masuk kerja ni memang sangat penting. Sebagai contoh, jika korang bekerja sebagai penyambut tetamu dimana telefon akan mula berdering tepat jam 9 pagi atau jika korang ada meeting dengan client di awal pagi sudah semestinya korang perlu tiba awal di office kan? Tapi ada juga kerja dimana kalau terlambat beberapa minit tak berikan impak apa pun dalam kerja. Dalam kes sebegitu, majikan yang terlampau tegas pada sehingga berikan penalti kepada pekerja yang tidak ada di meja tepat jam 9 pagi adalah cara yang salah.

Dalam banyak kerja, performance perlu diukur berdasarkan kualiti kerja serta result bukannya pada waktu pekerja masuk kerja. Pekerja terlambat 15 minit sudah dimarahinya walaupun kerja dia lebih bagus daripada mereka yang masuk kerja tepat pukul 9 pagi.