Semak Balik Resume Korang, Buang 5 Isi Kandungan Ini Dan Olah Semula Begini
# Pengetahuan Interview

Semak Balik Resume Korang, Buang 5 Isi Kandungan Ini Dan Olah Semula Begini

post by Izuan

by Izuan

Oct 9, 2016
pada 5:41 AM

Ringkas tapi padat, selalu  dengar ayat ini kan? Dalam resume pun korang pasti dah tahu kena ada terma tersebut, tapi dah bermacam-macam cara buat tetap panjang berjela. Semak sampai makan masa berjam-jam malah makan hari untuk lihat apa yang tak penting dalam resume tu.

Nak kata butiran diri tu, mustahil sebab itulah pengenalan diri, nak kata pencapaian pun tak sebab itu lah 'market' korang. Bila interview majikan macam nak tak nak je baca, akhirnya melepas tak diterima.

Sebenarnya apa yang korang buat tu dah betul, cuma ada beberapa section yang perlu diolah semula, segala bebelan mengenai diri korang termasuklah pencapaian tak semestinya buatkan majikan berminat dengan korang. Jadi, pergi ambil resume korang sekarang dan tanda mana-mana bahagian yang perlu diubah semula. Tengok di bawah ini.

1. Objektif

Sebenarnya objektif tu perlu pun, ini tahun 2016, rasanya semua orang tahu objektif korang tu memang nak dapatkan kerja. Mereka dah naik muak baca objektif korang yang kononnya mahukan kerjaya professional dan "challenging" yang membolehkan korang asah kemahiran semua tu. 

Sebaliknya .

Bina ayat ringkas yang menunjukkan "Siapa Saya" dalam section tersebut, apa yang bakat korang boleh lakukan untuk memperoleh kerja itu. jangan buat ayat panjang berjela tujuan korang mohon, tapi berikan kenyataan yang berunsurkan pujukan agar majikan yakin dengan korang

2. Pakai Email Syarikat

Setiap pekerja akan di berikan akaun email syarikat, jika korang meletakkan email syarikat sekarang dalam resume. Majikan akan fikir bahawa korang seorang yang tidak professional dari segi etika mohon kerja mahupun bekerja. Kenapa? Majikan fikir samada korang ini seorang yang tidak jujur, dan suka curi tulang jika ambil bekerja dengan mereka.

Sebaliknya

Gunakan email peribadi korang, dan pastikan nama penuh atau nama sebenar digunakan. Boleh maafkan jika berlaku sebarang tambahan seperti kecil asalkan dia jauh beza dan boleh buatkan majikan kusut dengan alamat email korang..

3. Suara Orang Ketiga

Maksudnya, jangan guna kata ganti diri ketiga seperti dia, beliau atau nama korang untuk menceritakan penglibatan, pencapaian atau apa sahaja dalam resume. Majikan akan fikirkan yang korang ini 'gebang' dan meninggi diri, ada segelintir calon gemar melakukan cara ini kononnya ayat dramatik itu boleh menaikkan mood majikan untuk membaca resume korang. Ya, memang baca tapi dengan penut rasa meluat!

Sebaliknya

Gunakan kata ganti diri pertama, tak perlu gunakan nama. Lagi elok kalau korang pandai pusing balik menjadi satu ayat yang tidak melibatkan sebarang kata ganti diri. Contohnya, jangan gunakan ayat "Beliau aktif dalam persatuan dan beliau merupakan seorang pengerusi dalam kelab tersebut". Cukup sekadar begini " Pengerusi kelab XXXXX"

4. Ayat Berbunga Yang Melampau-Lampau

Biasanya resume ditulis dalam bahasa Inggeris, tak perlu nak menampakkan ayat korang begitu megah kononnya nak menunjukkan bahasa korang itu sangat bagus di mata syarikat. Ia tak menampakkan langsung yang korang ini orang yang bijak, tapi menampakkan bahawa korang ini seorang yang suka habiskan masa di thesaurus.

Sebaliknya

Tak perlu pakai ayat "utilize" jika korang boleh gunakan "use", "Append" padahal boleh gunakan "Add" dan amcam-macam lagi. Pendek kata, kalau korang punya resume tidaklah seperti apa yang korang cakap, baik korang ubah.

Sewaktu berkomunikasi dengan majikan masa temuduga nanti majikan boleh nilaikan proficiency' korang tu tak semegah mana seperti dalam resume. Ayat bunga-bunga tapi isi tak ada pun tak guna juga kan?

5. Kerja-Kerja Yang Berkurun Abad Dulu

Kerja sebagai pembantu restoran, promoter kedai baju, jaga kaunter di kedai handphone masa lepas habis sekolah tu sebenarnya tak perlu letak kalau bidang kerjaya yang diminta tu tiada kaitan.

Senaraikan kerjaya korang sebelum ini, majikan tak berminat dengan kerja korang masa tengah cuti sekolah. Tak perlu terlalu fokuskan kerja part time zaman cuti sekolah dahulu, melainkan kalau keperluan kerja dalam iklan itu penyatakan bahawa memerlukan pengalamn kerja dalam apa jua bidang.

Sebaliknya

Fokuskan pada pencapaian kerja lama korang, kalau bahagian ini panjang berjela pun tak apa. sebab itulah melambangkan siapa diri korang dan adakah korang layak memegang jawatan yang disediakan oleh majikan tersebut.

Pengalaman kerja dalam resume memang penting tapi pencapaian itu yang jauh lebih penting dan boleh buat majikan tersenyum bila membacanya.