Semua orang ada boss samada baik atau tak korang saja yang dapat menilai dia. Kena ingat, walau garang macam mana pun boss korang dia tetap seorang manusia. Jadi, kami kumpulkan 7 tanda korang bekerja dengan true leader dan bukannya sekadar bos :

by Shasha
Semua orang ada boss samada baik atau tak korang saja yang dapat menilai dia. Kena ingat, walau garang macam mana pun boss korang dia tetap seorang manusia. Jadi, kami kumpulkan 7 tanda korang bekerja dengan true leader dan bukannya sekadar bos :

Perkara yang paling penting seorang pemimpin boleh buat adalah sedia & tetapkan matlamat untuk team diorang yang berbaloi & seiring dengan masa team. Kadang, bos tak sentiasa dapat menetapkan agenda tapi boss yang hebat akan menyokong sesuatu yang layak & akan pastikan dia berkomunikasi dengan berkesan.

Boss ni nampak je garang tapi dia pun manusia juga, jadi diorang lagi hebat kalau memiliki hati & mata yang peka. Kerja tetap yang utama tetapi tak semestinya kerja ni satu-satunya perkara dalam hidup. Diorang peka akan pekerja-pekerja yang ada keluarga, anak-anak, kawan-kawan yang perlu diberi perhatian juga.

Kalau perasan, ada sesetengah boss ni bagi maklumat macam tikus makan umpannya. Logiknya sebab takut team diorang ni tahu semua fakta & takut tak dapat nak memimpin. Ada sebab-sebab yang munasabah untuk kawal perkongsian maklumat ni, tapi boss yang lebih transparent atau telus ni biasanya lebih dihormati oleh team diorang.

Nak bina satu budaya ni memang ambil masa tapi kena ada titik permulaannya, biasanya kalau di pejabat semuanya bermula dari atas walaupun hanya dengan Terima Kasih. Kalau boss sendiri tak ambil sedikit masa untuk ungkapkan Terima Kasih kepada orang sekelilingnya, kenapa korang nak harapkannya daripada sesiapa pun kan?

Pernah tak dengar pepatah “gung ho”? Sebenarnya, perkataan ni berasal daripada Perang Dunia ke-2 yang dikatakan bahawa gabungan dua perkataan Cina itu bermaksud “kerja” & “bersama-sama.” Boss yang hebat mengenali bakat setiap orang dalam team & berusaha untuk memimpin dengan cara yang membolehkan semua orang maksimumkan keberkesanan mereka bersama.

Kalau korang nak tahu, orang yang beretika ni tak cepat melenting bila dipersalahkan kerana kegagalan diorang sendiri buat. Boss yang hebat bukan saja menerima kesalahan itu malah mengambil langkah untuk ke depan memimpin semua team untuk lakukannya.

Pemimpin yang hebat bukan sekadar buat pengikutnya happy, bahkan mereka memberi sumber inspirasi dengan contoh mereka. Yang paling penting : mereka rasa teruja & bukan terancam apabila team beranjak kepada perkara yang lebih bagus & besar dalam kehidupan.