Ini 4 Cara Lebih Beradab Kalau Korang Nak Tolak Tawaran Sesuatu Kerja - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ini 4 Cara Lebih Beradab Kalau Korang Nak Tolak Tawaran Sesuatu Kerja - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 11, 2016
pada 2:16 AM

Selepas berminggu-minggu lamanya korang dah cuba hantar resume ke bermacam company demi mendapatkan kerja, akhirnya korang dapat tawaran kerja. Tahniah! Tapi yang menjadi masalahnya, kesemua tawaran datang serentak pula. Dalam banyak-banyak tawaran kerja tu, ada satu yang memang melekat betul dengan pilihan korang kerana itulah company yang memang dah lama korang pasang angan-angan nak kerja dekat situ.

 

 

Jadi macam mana dengan tawaran kerja yang lain? Biar kan je tak perlu nak beri jawapan apa sebab kalau dah berhari lamanya diorang faham sendiri lah yang korang reject tawaran tu kan? Eh boleh ke buat macam tu? Nak tahu apa cara terbaik untuk nak tolak tawaran, pastikan korang baca tips ini:

 

1.  Bertindak segera

Masa tu memang penting. Jangan suka lengah-lengahkan perkara sebab semua orang nak bergerak dengan cepat. Kalau korang nak tolka tawaran kerja, jangan sesekali lengahkan "alah esok-esok lah beritahu, bukan ada kesan apa pun?" Ada sebenarnya, korang sudah membuang masa mereka dan tenaga untuk menunggu jawapan korang dan jika diberitahu lambat, mereka perlu mula kembali mencari calon lain. Masa tu penting.

 

2.   Telefon mereka

Akan ada rasa macam cukup lah sekadar email atau mesej je diorang dan beritahu yang korang tolka tatwaran tu. Tapi sebenarnya lebih baik kalau korang lakukannya melalui panggilan telefon. Bukannya lama mana pun untuk nak telefon dan cukup sekadar beritahu yang korang ditawarkan jawatan tetapi mahu menolak tawaran itu. Beritahu yang korang faham dengan jelas usaha dan masa yang telah mereka berikan dan ucapkan terima kasih. 

Ianya boleh dilakukan melalui email, cumanya mungkin akan megambil masa buat recruter untuk membuka email korag. Biasanya orang sekarang ni tidak berapa pedulikan sangat email kan? Siapa tahu lepas sehari dua baru dia baca email korang? Itu pun sudah membuang masa. Jadi teruskan sahaja telefon mereka. 

 

3.  Jujur dan tidak perlu berkias

Jangan takut untuk beritahu mengapa korang tolak tawaran kerja tu. Mungkin atas alasan gajinya, ataupun job skopnya tidak berapa challenging dengan apa yang korang mahukan? maklumkan pada mereka. Tidak perlu berkias dan mereka-reka cerita yang kononnya korang berpindah tempat lah, bermacam-macam lah, jujur sahaja. Kongsikan pendapat, siapa tahu pihak company boleh pertimbangkan dan mereka akan cuba untuk improve mengikut feedback korang.

Pastikan korang jangan mengkritik dengan ton yang begitu menyakitkan hati. " Gaji tawarkan sudah lah rendah, memang lah saya tolak." Amboi sedapnya bahasa, katakan yang " saya terima tawaran kerja dengan job skop yang sama tetapi gajinya lebih berbaloi." 

 

4.  Berterima kasih atas tawaran

Biasakan diri untuk menolak tawaran dengan mengatakan terima kasih. Ucapkan terima kasih pada pihak recruiter atas masa yang telah mereka berikan dana peluang yang berikan untuk kornag belajar sedikit mengenai company serta jawatan yang ditawarkan. Tidak perlu untuk nak ucapkan terima kasih dengan beria-ria sekali, sekadar ucapan yang ikhlas sudah memadai.