5 Kebaikan Melakukan Kerja Part Time Bagi Mereka Yang Sedang Menganggur - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Kebaikan Melakukan Kerja Part Time Bagi Mereka Yang Sedang Menganggur - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 11, 2016
pada 9:19 AM

Rasa susah hati kan bila menganggur ni? Duduk rumah cari kerja, pergi interview merata-rata tapi masih tak dapat apa-apa harapan. Nak putus harapan tu tak payah cakap lah memang rasa setiap saat setiap hari sampai nak makan pun tak lalu memikirkan bil-bil rumah, komitmen diri & pada keluarga di kampung.

Kami sarankan korang untuk cari kerja part time dahulu sementara nak tunggu tawaran kerja tetap pilihan hati tu. Tak yakin kerja part time boleh jamin kos sara hidup korang dengan komitmen berlambak? Tanggapan korang mungkin salah, haa sebabkan 5 sebab ni kenapa korang patut apply kerja part time :

1. Senang cari

Nak dapatkan kerja part time ni memang senang gila sebab akan sentiasa ada syarikat yang mencari part timers ni lagi-lagi dengan ekonomi tengah tak berapa stabil. Nak lebih senang, korang boleh rujuk pada ejen pekerjaan mahupun laman web yang boleh bantu dalam pencarian kerja seperti Maukerja.my & banyak lagi he he. Cuma perlukan sedikit inisiatif korang untuk sediakan resume & sijil- sijil berkaitan.

2. Pokai atau Merana?

Pokai tak dapat bayar bil atau merana dengan kerja yang korang terpaksa terima sebab nak tanggung komitmen bil rumah, kereta & lain-lain? Korang tak perlu pilih pun sebab kerja part time pun boleh menampung kos sara hidup bulanan korang. Sudah terbiasa dengan situasi dimana kalau kita menganggur & takda harapan nak 

3. Terus bermotivasi untuk yang lebih baik

Jangan lah rasa rendah diri sebab sekadar kerja part time je, ambil peluang ini jadikannya sebagai sumber motivasi untuk korang usahakan kerja yang lebih baik & teruskan mencari kerja yang permanent (full time). Walaupun korang ada banyak masa terluang nak job hunt masa menganggur, keadaan akan jadi sukar untuk korang terus bersemangat cari kerja sebab aktiviti harian dah makin perlahan & kekurangan motivasi nak boost up.

Sebaliknya, kalau korang leka kan diri & isi masa dengan satu rutin harian sebaik-baiknya, diri korang akan semula jadi berada dalam keadaan yang lebih proaktif.  

4. Kepelbagaian

Dah jadi satu kebiasaan untuk bekerja dalam jangka masa yang pendek bagi kerja part time ni, mungkin 2 bulan atau lebih kurang. Tak bermaknan korang takda hala tuju tapi sebaliknya ianya satu peluang untuk korang cuba lebih banyak jenis pekerjaan & suaikan diri dengan bidang yang menarik minat korang. Lebih banyak pengalaman korang timba, secara semula jadinya korang akan dapat decide apa pekerjaan yang digemar & sebaliknya.

5. Networking

Percaya atau tidak, bekerja dengan pelbagai syarikat dapat bina networking korang. Bila korang dapat peluang untuk bekerja dengan orang yang akan mengenali korang dengan lebih mendalam lagi. Mana lah tahu kalau mereka minat dengan cara bekerja, disiplin & kekuatan  korang, mereka dapat rujukan yang jauh lebih berharga daripada baca ratusan resume melalui  e-emel. Mungkin rezeki korang untuk ditawarkan kerja tetap di syarikat tersebut. Asalkan korang perform dengan kerja, takkan ada masalah buka peluang cerah untuk periuk nasi korang.