Alamak Kena Panggil Interview Last Minute! Apa Kena Buat? - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Alamak Kena Panggil Interview Last Minute! Apa Kena Buat? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 12, 2016
pada 2:40 AM

Dalam keadaan terdesak untuk mencari kerja, kadang-kadang kita perlu lakukan sesuatu tindakan yang luar jangkaan. Ada company yang menelefon dan mempelawa korang untuk hadir sesi temuduga. Perkara yang pentingnya di sini ialah temuduga itu adalaha pada hari itu juga. Bukannya 2-3 hari selepas mereka telefon. Jadi apa yang perlu korang lakukan? Tak bersedia sepenuhnya lagi! Resume pun belum lagi print dan sekarang jam dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Interview pukul 3 petang. Alamak nervousnya! 

 

 

Tak salah kalau korang rasa gemuruh, kalau orang yang cukup berpengalaman pun pasti akan rasa gemuruh jika dalam situasi yang sama. Jangan terburu-buru, kekal tenang sebab ada beberapa langkah untuk sediakan diri korang untuk menghadiri interview LAST MINUTE:

 

1. Teliti semula iklan kerja tersebut serta job skop

Korang mungkin sudah baca keperluan kerja semua sebelum mendapat panggilan mengejut untuk menghadiri temuduga kan? Tapi tak salah untuk nak baca dan teliti lagi sekali job posting serta job skop dan maklumat semua agar tidak terkeliru. Apabila korang mahu menghadiri sesi temuduga, ianya memang penting untuk korang "scan" semula job posting, ambil key words yang boleh membantu korang untuk menjawab setiap pertanyaan nanti.

Memang, ianya last minute jadi diri itu tak berapa nak bersedia. Tapi jangan lah pula nampak sangat tak buat research jika recruiter baru tanya soalan, "mohon kerja apa?" boleh pula terdiam tak tahu, jawab pula "entah lah, jawatan yang tengah kosong sekarang lah kot dekat company awak." Kalau jawab macam ni memang menyirap juga lah recruiter kalau macam tu. 

 

2. Buat research dengan cepat

Korang sudah teliti semula job posting serta job skop jawatan yang korang mohon, bagus! Tapi itu sahaja tak mencukupi untuk nak siapkan diri menghadiri temuduga. Jangan sesekali datang ke interrview tanpa mengetahui sekurangnya 5 fakta penting mengenai company tersebut. Adakah company tersebut ada masuk berita baru-baru ini? Mengenai isu apakah? Siapakah clients utama mereka? Semua ini korang boleh dapat dengan Google. 

Paling kurang pun korang perlu tahu misi dan visi utama syarikat tersebut. Semua ada smartphone kan? Boleh lah sempat Google dalam perjalanan ke temuduga tu. Info ini akan membantu korang dalam sesi soal jawab nanti.

 

3. Semak resume

Penting sekali untuk pastikan resume korang tu updated. Cara paling mudah sekali untuk nak pastikan resume korang up to date adalah dengan edit dan tambahkan setiap kejayaan baru yang korang pernah capai. Kalau korang dalam keadaan terburu-buru dan memang tak sempat, pastikan yang paling kurang pun korang letakkan majikan terkini dalam top list. 

 

4. Fikirkan beberapa ceritaa kejayaan yang menarik

Penemuduga selalu pasti akan tanya apakah pengalaman calon. Untuk nak elakkan korang daripada tergagap-gagap, pastikan korang sudah pun sediakan beberapa kisah diri korang yang boleh menarik hati penemuduga.  Jangan pula lah ceritakan kisah-kisah sedih hidup, pastikan ianya ada kena mengena dengan kisah kerja. Biar cerita itu tunjukkan sisi kepimpinan korang yang hebat dan juga buktikan yang korang ni memang boleh berkomunikasi dengan begitu baik sekali. 
 

Akhir sekali selamat maju jaya pada korang yang bakal melalui sesi temuduga tak lama lagi. Resume dah siapkan belum? Jangan lupa bawa semua dokumen yang penting ya!