Kerja Hebat Barista & Outlet Management Trainee Gaji 2K Sebulan + Benefit Kaw! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Kerja Hebat Barista & Outlet Management Trainee Gaji 2K Sebulan + Benefit Kaw! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 20, 2016
pada 3:08 AM

Sukar sangat nak dapatkan kerja yang memberi manfaat yang hebat? "kerja kerajaan senang lah semua manfaat tambahan diberi lengkap satu set"

Berita hebat! San Francisco Coffee tawarkan gaji sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang ingin menjadi Barista & Outlet Management Trainee. Lagi best tawaran kerja kosong ni ada di 30 buah cawangan sekitar Lembah Klang! Pilih je mana-mana cawangan yang berdekatan dengan rumah anda.

Bekerja sebagai Barista & Outlet Management Trainee diberi keutamaan mendapat manfaat tambahan serba lengkap! Dari makanan percuma, insentif, kad perubatan, elaun, rawatan dan banyak lagi buat anda! Terasa dianggap seperti sebahagian daripada keluarga diberi pelbagai manfaat lengkap. Tiada lagi bekerja sekadar untuk makan gaji bulanan bekerja di San Francisco. Jangan tunggu lagi, jom mohon jawatan kosong berpakej lengkap dengan manfaat tambahan gempak!

 

Keperluan

  • Menghormati setiap pelanggan 
  • Bersikap positif
  • Kongsikan pengetahuan tentang kopi premium ultra San Fransisco 

 

Tanggungjawab

  • Cekap menyediakan kopi yang terbaik di Bandar 
  • Sentiasa alert dengan kehendak pelanggan
  • Sentiasa menepati masa
  • Mengekalkan persekitaran kerja yang bersih 

 

Tanggungjawab 

  • Menyediakan kopi mengikut resipi kopi istimewa San Francisco
  • Seorang team player & memberi semangat positif pada setiap usaha kerja yang dilakukan
  • Berpengetahuan & menjual produk dengan baik
  • Respon pada aduan & permintaan pelanggan dengan kadar segera

 

Manfaat Tambahan

  • Gaji Purata sehingga RM2000
  • Peluang mendapat attendance reward
  • Staff Meal
  • Peluang mendapat insurans hayat, Hospital & Surgeri, kemalangan diri
  • Kad Perubatan (Cashless)
  • Rawatan Pergigian & Optikal
  • Insentif penjualan bulanan & suku tahun
  • Hadiah perkahwinan, hari lahir & baby
  • Diskaun staff
  • Elaun Pengangkutan (Outlet terpilih sahaja)

Lokasi

Menariknya tentang jawatan kosong yang ditawarkan ini berada di 30 cawangan San Francisco sekitar Lembah Klang! Tak perlu lagi pening nak travel jauh-jauh ke tempat kerja, pilih saja mana-mana cawangan yang berdekatan dengan kediaman anda & nikmati peluang kerjaya serta manfaat tambahan yang amat menawan! Jom mohon segera sebagai Barista & Outlet Management Trainee segera sebelum terlambat! Samada cawangan San Francisco di sekitar Selangor ataupun Kuala Lumpur, pilih saja! Jarang tau nak dapat peluang untuk pilih lokasi kerja..

Barista cawangan :

 

Outlet Management Trainee cawangan :