3 Kelebihan & Keburukan Terhadap Jenis-Jenis Feedback Pekerja Ini - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

3 Kelebihan & Keburukan Terhadap Jenis-Jenis Feedback Pekerja Ini - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 24, 2016
pada 4:16 AM

Setiap syarikat mestilah nak tingkatkan tahap produktiviti untuk jadi yang lebih bagus dari sebelumnya. Korang sebagai pekerja adalah aset yang paling penting terhadap syarikat. Haa jangan ingat korang ni hanya pekerja yang dapat gaji setiap bulan je, sumbangan korang terhadap syarikat adalah yang paling berharga. Sebab itu lah, kadangkala korang akan di 'interview' oleh pihak majikan mengenai pelbagai aspek di tempat kerja. Ianya adalah untuk maklum balas pekerja. Korang yang tertanya-tanya apa relevannya maklum balas pekerja ni pada korang sebagai pekerja & syarikat? Ini dia 3 jenis maklum balas pekerja klasik digunakan oleh kebanyakan syarikat serta kelebihan & kelemahannya :

1. Online Survey

Antara pendekatan yang paling mudah & efisyen. Ianya mungkin dah digunakan oleh kebanyakan syarikat kerana keberkesanannya ke atas produktiviti syarikat

Kelebihan : Semestinya Efisyen! Mudah untuk dilaksanakan & mendapat semula keputusan. Pendekatan ni lebih efektif kerana kebarangkalian untuk mendapat feedback yang lebih telus dari pekerja.

Kelemahan : Kebanyakan alat kaji selidik online ni diprogram secara digital, yang boleh mengambil masa

 

2. Offline Survey

Memang tak dinafikan Survey jenis ni ambil lebih banyak masa. Borang kaji selidik nak kena cetak, diedarkan & dikumpulkan semula dari kakitangan. 
Kelebihan : Masih berkesan bagi pekerja yang tidak digital-savvy atau tak dapat dicapai secara digital. 

Kelemahan : Kurang efisyen & complicated. Berlawanan dengan survey jenis ni, yang memerlukan penyebaran & pengumpulan secara manual. Seterusnya perlu dimasukkan semula dalam bentuk digital untuk analisis.


3. Polisi Open Door

Survey jenis ni boleh jadi yang paling efektif untuk produktiviti syarikat, namun juga boleh jadi kaedah pasif.  


Kelebihan : Memberi galakkan komunikasi dan perkongsian terbuka . Pendekatan ni membolehkan majikan untuk mengetahui dan menangani isu di tempat kerja dengan lebih mendalam.

Kelemahan : Korang sebagai pekerja selalunya akan takut untuk bercakap secara jujur dengan penyelia mengenai isu-isu yang dihadapi di tempat kerja. Kadangkala ianya satu idea yang bagus tapi ramai yang akan hanya sekadar cakap 'okay je, no problem' sebab takut penyelia korang akan aim ataupun hebohkan aduan korang pada coworker yang lain.