Jadilah Management Trainee, Raih Sehingga RM 2,000 & Manfaat 'Tip-Top' Di San Francisco Coffee!
# Jenis Pekerjaan

Jadilah Management Trainee, Raih Sehingga RM 2,000 & Manfaat 'Tip-Top' Di San Francisco Coffee!

post by Izuan

by Izuan

Oct 25, 2016
pada 10:40 AM

Graduan lepasan Diploma dan keatas dah boleh hentikan kerunsingan korang dengan menjadi ahli keluarga San Francisco Coffee ini, gaji yang ditawarkan sehingga RM 2,000 sebulan tapi....tak termasuk lagi elaun-elaun dan insentif yang mereka beri. Confirm akan dapat lebih daripada itu kalau korang mohon jawatan ini.

 

Kelulusan sekurang-kurang Diploma, dah layak untuk mohon kerja sebagai Management Trainee ini, calon-calon mestilah cekap dan pantas dalam memastikan kebersihan premis serta mempunyai perwatakan yang mesra terhadap pelanggan. Kepuasan pelanggan terletak di tangan korang. 

 

Gaji Sehingga RM 2,000 Sebulan!

Seperti yang dikatakan tadi, korang berpotensi untuk raih gaji bulanan sehingga RM 2,000 sebulan untuk jawatan sebagai Management Trainee ini. Memang menepati dengan piawaian lepasan Diploma, tapi korang juga ada potensi untuk dapat lebih lagi tau! Kenapa? 

 

Insentif Bulanan

Kalau korang berjaya, korang akan insentif bulanan bergantung kepada hasil jualan yang San Francisco Coffee perolehi. Bukan itu sahaja korang mesti akan terima...

 

Elaun Pengangkutan

Ya! tak cukup lagi dengan basic yang berbaloi serta insentif jualan bulanan, korang juga akan diberikan elaun pengangkutan! Hmm, agak-agak berapalah gaji tu ya? Bagaimanapun, ia terhad kepada cawangan tertentu sahaja.

 

Perlindungan Insurans

Duit gaji korang takkan terusik untuk bayar pelindungan insurans peribadi bulanan sebab San Francisco Coffee akan tanggung semua, kemalangan? ada buat pembedahan? dimasukkan wad? malah perlindungan jangka hayat pun ditanggung tau!

 

Diskaun Staff

Kalau ada rakan-rakan, saudara mara atau terlintas nak belanja keluarga makan, korang akan diberikan harga istimewa berbanding dengan pelanggan lain. 

 

Makanan Staff

Duit makan, jangan risau. Korang dah dapat jimat kat sini sebab San Francisco Coffee ada menyediakan makanan untuk staff mereka. Makan sedap tuu!

 

Rawatan Pergigian Dan Optikal

Haaaa! Ini juga San Francisco Coffee sediakan tau, kalau ada antara korang ini berkaca mata, tak perlu risau nak 'buang' duit cermin mata sebab boleh claim balik. Jadi, tak lah terganggu bajet bulanan korang. 

 

Lain-Lain Manfaat

  • Kad perubatan 
  • Cendera hati sempena perkahwinan, melahirkan bayi dan bermacam-macam lagi.
  • Dekat dengan pengankutan awam

 

Kalau korang kerja sebagai Management Trainee di San Francisco Coffee ini, korang mesti akan rasa dihargai sebab kebajikan pekerja dijaga dengan rapi. Berminat? KLIK DISINI UNTUK MOHON