Pernah bercita-cita nak kendalikan event sendiri tapi tiada kesempatan? Kali ini kami berikan kerja sebagai PR Events Support oleh Wan Two3 Sdn Bhd untuk tawarkan anda pengalaman bagaimana menguruskan PR event secara besar-besaran. Ianya satu platform yang cukup berguna buat mereka yang gemar networking dengan media press serta mereka-mereka yang ternama. Bayarannya adalah dari RM30 sehingga RM50 sejam! Anda bakal dapat bayaran, pengalaman kerja serta mengenali orang-orang yang berpengaruh. Best kan?


