Beauty Consultant Di Watson's Boleh Raih Gaji Serendah RM 3,000. Belum Termasuk Komisyen Lagi!
# Jenis Pekerjaan

Beauty Consultant Di Watson's Boleh Raih Gaji Serendah RM 3,000. Belum Termasuk Komisyen Lagi!

post by Izuan

by Izuan

Oct 26, 2016
pada 8:57 AM

Biasanya kalau kerja yang ada komisyen ini, basic rendah. Terpaksa kerah diri habis-habisan tak kira waktu untuk mendapatkan gaji yang lebih. Hasilnya, dapat kalahkan orang yang dah ada 5 tahun pengalaman kerja tau!

Cuma keberukkannya kalau dapat 'tarik' orang, ada lah hasilnya, kalau kurang memang tak lepas modal komitmen bulanan. Namun, ia meleset sama sekali kalau anda bekerja sebagai Beauty Consultant di Watson's. 

Gaji minima pun dah lumayan tau! Jom tengok ni!

 

Kalau anda mempunyai passion yang begitu mendalam terhadap kecantikkan inilah tempatnya! Pastikan anda mempunyai interpersonal skill yang baik, bagus dalam kerja berpasukan dan yang paling penting sekali ialah well-groomed serta sikap yang baik.

Satu kelebihan bagi Watson's kalau anda mempunyai setahun pengalaman dalam bidang peruncitan, tapi kalau tak ada pun mereka masih boleh pertimbangkan kerana itu bukanlah keperluan wajib mereka.

 

Gaji Serendah RM 3, 000

Minimum RM 3, 000 untuk permulaan tau, kalau ada pengalaman mesti boleh dapat lebih. Sekali lagi kami ulang MINIMUM! Dah lah RM 3,000 siap dapat ini lagi!

 

Komisyen

Hmmm, agak-agaknya berapalah gaji si betuah yang dapat kerja sebagai Beauty Consultant ini ya? Gaji tinggi, kalau dapat jual produk siap dapat komisyen lagi. Dah itu ada pula...

 

Bonus

Hujung tahun dapat bonus, uishh! Sekarang ini bukan senang nak dapat kerja yang boleh bagi manfaat sebegini.  Rugi rasanya kalau anda lepaskan peluang keemasan ini. 

 

Lain-Lain Manfaat

  • Medical coverage
  • EPF
  • SOCSO

Menarik bukan? Sementara ada peluang lagi, AYUH MOHON SEBELUM TERLAMBAT