Mahukan Kerja Dalam Bidang Welding? Jom Mohon Sebagai Welder Dengan Bayaran RM 60 Sehari - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Mahukan Kerja Dalam Bidang Welding? Jom Mohon Sebagai Welder Dengan Bayaran RM 60 Sehari - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 27, 2016
pada 6:09 AM

Korang ada kemahiran dalam welding? Mungkin ada sijil dalam bidang ini dan mahukan kerja? Sebab kami ada satu kerja buat anda iaitu Welder (Buat Pintu Shutter) dengan bayaran mengikut hari. Kerja kosong ini menawarkan gaji sebanyak RM 50 hingga RM 60 sehari. Mari mohon di Star Rolling Shutter Sdn Bhd segera di Puncak Alam Selangor dengan kadar segera! Asah bakat serta kumpulkan pengalaman kerja kan?

 

Welder (Buat Pintu Shutter)

 

Keperluan

  • Kerja-kerja mengendalikan memasang roller shutter pintu
  • Mempunyai lesen motorsikal / kereta
  • Mempunyai Sijil Yang Berkaitan
  • Kemahiran Komunikasi yang baik dan rajin
  • Boleh bekerja di luar kawasan Selangor
  • Berumur tidak lebih 40 tahun
  • Gaji harian RM50.00 – RM60.00 ( Tidak termasuk OT)

 

Tanggungjawab

  • Mengimpal bahagian paip
  • Mengimpal bahagian kotak pintul
  • Mengangkat dan menurunkan barang

 

Manfaat tambahan

  • EPF / SOCSO
  • Perlindungan kesihatan
  • Cuti tahunan

Menarik kan kerja ni? Bagi mereka yang sedang mencari kerja dalam bidang welding ini adalah salah satu peluang kerja buat korang. Rugi lah ada sijil dalam bidang ini tetapi tak digunakan, betul tak? Jangan lupa mohon ya.