Rancang nak tukar tempat kerja, korang pun mulalah explore sambil-sambil tengah buat kerja, pendek cerita korang diterima bekerja di sesebuah syarikat itu ataupun dalam sibuk-sibuk kerja, ada orang memberikan tawaran kerja baru kepada korang.


by Izuan
Rancang nak tukar tempat kerja, korang pun mulalah explore sambil-sambil tengah buat kerja, pendek cerita korang diterima bekerja di sesebuah syarikat itu ataupun dalam sibuk-sibuk kerja, ada orang memberikan tawaran kerja baru kepada korang.
Jadi, korang tanpa fikir panjang korang ambil saja tawaran tersebut. Tapi, korang tak sedar sebenarnya korang dah termasuk dalam 'jerat' mereka. Paling mendukacitakan lagi, apabila korang tak ada sebarang 'perkembangan' sepanjang bekerja disitu.
Cuma kurang pasti adakah korang salah pilih tempat ataupun masalah pada diri korang sendiri? Untuk mengetahuinya, kaji semula apa yang berlaku di sekeliling adakah korang menerima beberapa petanda ini. Kalau ada, maknanya korang dah kena jerat hidup-hidup!
Tanggujawab kerja korang kekal begitu sahaja. Korang buat kerja dan diarahkan melakukan perkara yang sama setiap hari dan tiada cara untuk korang kembangkan lagi sumbangan melainkan ikut rentak boss.
Setiap idea yang korang lakukan dan segala saranan yang cuba dibentangkan di tolak mentah-mentah. Hanya cara mereka sahaja yang betul.
Peranan kerja korang terhadap majikan sama sekali tidak penting kepada orang yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sesebuah projek itu. Mungkin idea korang lebih segar tapi manager sukar membuat pembaharuan, hanya bergantung kepada kehendak dia sahaja.
Lebih kurang seperti petunjuk yang petama tadi, tapi bezanya korang mahukan cara mereka sendiri. Hanya kerana cara korang lakukan tidak menepati citarasa boss, dia terus halang korang melakukan perkara sedimikian sedikit demi sedikit walaupun sebenarnya membuahkan hasil.
Kononnya mendengar dan bersetuju idea korang, tapi belum sempat melakukannya lagi dia dah mula 'mencelah' dengan ideanya dan menganggap itu lebih baik.
Kalau korang perasan ada banyak pekerja yang datang dan pergi (mungkin tak sampai setahun). Ketua organisasi tersebut patut menyedari bahawa syarikat tersebut bermasalah
Idea dan agenda yang tak sistematik, tugasan yang banyak atau berubah-ubah dalam satu masa (sehingga diluar bidang kerja,skill, tugasan asal)boleh mendatangkan rasa kusut terhadap pekerja.
Hampir satu tahun korang sudah bekerja, tapi tiada sebarang perubahan dalam diri korang. Bahkan, sampai sekarang korang tak tahu apa yang korang lakukan. Kalau ini lah yang korang sedang rasai maknanya secara metafora, korang tidak dibenarkan untuk bergerak kehadapan walaupun selangkah.