4 Tips Yang Bakal Menyelamatkan Resume Korang Daripada Masuk Tong Sampah - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

4 Tips Yang Bakal Menyelamatkan Resume Korang Daripada Masuk Tong Sampah - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 27, 2016
pada 8:11 AM

Terasa lama dah kami tak kongsikan tips bagaimana untuk nak tulis resume yang terbaik kan? Jadi kali ini admin Maukerja akan teruskan kembali legasi dengan berkongsi tips-tips penting untuk membuat resume. Ditambah pula dengan Ekspo Kerjaya Maukerja yang bakal berlangsung tak lama lagi, mesti korang tak sabar-sabar nak datang dan bawa resume yang terbaik dari ladang! Okay jom kita lihat perkongsian kali ini.

Mungkin korang mencukupi kesemua keperluan yang diletakkan oleh majikan, tetapi oleh disebabkan kesalah kecil sahaja dalam resume permohonan korang terus kena REJECT! Kesalahan palaing biasa dan kerap kali berlaku ialah salah ejaan atau grammatical error. Ini memang kalau recruiter terjumpa paling pantang sekali lah. Rasa macam nak je terkeluar biji mata tu. 

Jangan ingat recruiter ni melebih sangat memilih dia. Okay cuba korang bayangkan, korang nak mohon kerja ni. Satu langkah yang besar, tetapi bagaimana boleh resume pun tak semak semula? Salah ejaan semua ni memang perlu dielakkan. Menampakkan yang korang ni tak berapa nak bersungguh je cari kerja. Eh, tunggu ada lagi kesalahan yang recruiter menyampah betul. Ini 4 lagi kesalahan:

 

1.  Resume yang format dia ke laut betul

Sedar lah korang semua, siapa yang nak baca sekeping kertas yang format dia bertabur teruk. Tiba-tiba je letak nama besar-besar kat tengah lepas tu pengalaman kerja maklumat peribadi semuanya bertebaran. Ingat ini mind-map ke? Memang layak lah resume tu kena buang je dalam tong sampah.

Jangan sesekali nak nampakkan resume korang tu funky dan up-to-date dengan gunakan font yang merepek betul. Kalau boleh semua tulisan tu gunakan font yang berbeza. Sakit betul mata nak baca. Bukan font je, warna tulisan pun bermacam-macam. Dik, itu kita tinggalkan untuk scrap book sekolah ye. 

Pastikan ruang atau jarak antara setiap ayat itu bersesuaian. Jangan buatkan ianya nampak terlampau padat sangat tau. Pandai-pandai bermain dengan format ni agar tak terlampau sesak. Paling biasa digunakan adalah Calibri serta Arial. Okay semua?

 

2.  Resume terlampau kebudak-budakan

Perkara lain yang sering kali recruiter pesan adalah resume yang jenis kebudak-budakan. Ada yang sampai letakkan karakter karton tau dalam resume macam Upin & Ipin mungkin sebab dia ingat ianya boleh naikkan mood pembaca kot. Ianya bergantung pada bidang kerja yang korang mohonkan. Kalau minta kerja dalam bidang Creative arts seperti pelukis anime ke apa mungkin boleh selitkan dalam portfolio korang dan tidak sesekali resume.

 

3.  Resume yang nampak sangat 100% guna template free

Amboi recruiter ni banyak betul pe'el dia. Resume guna template free pun salah jadi nak guna apa? Bukannya tak boleh tetapi korang perasan tak kalau template free tu nampak sangat sebab besar petak dia tu dan description dalam setiap box semuanya sama je. Korang boleh je kalau nak gunakan tetapi ikut kreativiti masing-masing. 

Yang nampak sangat terlalu fake bila guna word-processing programs dan lepas tu lupa nak save final punya dan terus hantar macam tu. Tahu tak apa yang akan jadi dalam file tu? Recruiter boleh nampak box-box serta tulisan description. Sebab itu lah pentingnya untuk save resume dalam bentuk PDF tau. Recruiter bukannya memilih tapi bersebab.


4.  Resume nampak mencurigakan

Paling mencurigakan sekali apabila jobseeker hantar resume tapi di bahagian pengalaman kerja tu dia tak biar kosong Ada berderet pengalaman kerja tetapi tak letakkan sekali tahun atau bualn bekerja. Ini membuatkan recruiter mempersoalkan, apa yang korang mahu sorokkan?

Jika korang menganggur untuk sesuatu tempoh, jangan cuba untuk sembunyikan. Atau jika sewaktu korang mohon kerja tu sebenarnya korang menganggur pun jangan sembunyikan. Kerja yang terakhir itu letakkan terus bulan berapa dan tahun berapa korang tamat bekerja.

Ini 4 tips yang pasti akan menyelamatkan resume korang daripada masuk dalam tong sampah. Pastikan korang gunakan tau dan selamat maju jaya dalam membuat resume. Jangan lupa nanti 5 November bawa sekali resume tu dan jumpa di Ekspo Kerjaya Maukerja ya!