Tak Perlu Puasa Untuk Shopping,Ikut Peraturan Bajet 50/20/30 Ini, Confirm Gaji Cukup! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

Tak Perlu Puasa Untuk Shopping,Ikut Peraturan Bajet 50/20/30 Ini, Confirm Gaji Cukup! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 30, 2016
pada 3:01 AM

Berjimat dah, bawa bekal hari-hari ke pejabat dah, ikat perut dah, tak shopping pun dah, TAPI masih lagi duit gaji tak cukup untuk tampung kehidupan korang. Macam mana nak cukup duit gaji kalau first day gaji tengok tangki bank korang penuh terus keluar duit nak enjoy. Setakat bil kereta , sewa rumah bayar korang bayar lambat sikit sebab nak kejarkan kasut limited edition yang dah lama korang aim. Haa nampak tak mana silapnya korang disitu? Strategi bajet bulanan korang pun dah tak betul, kena tukar sikit. Kali ni, cuba korang tetapkan peraturan 50 / 20/ 30 terhadap bajet perbelanjaan bulanan korang confirm tiada lagi masalah nak menabung, bayar bil & SHOPPING!

1. 50% - penting & Memang perlu

Dapat je gaji, make sure korang asingkan duit untuk bayar perbelanjaan tetap dahulu. Bil api & air, kereta, rumah & sebagainya. Jangan tangguhkan pembayaran bil-bil penting ni sebab setiap bil masa ada tarikh tertentu untuk buat pembayaran. Dah jadi kebiasaan separuh daripada gaji akan habis pada perbelanjaan tetap korang setiap bulan. Tips ni sangat berguna, kalau boleh lebihkan sikit duit untuk perbelanjaan bulanan. Kenapa? Sebab biasanya bil-bil ni tak menentu, kadang bil api naik, kadang barangan dapur terlebih. 

2. 20% - untuk penjimatan masa depan

Tak banyak pun korang perlu simpan untuk perbelanjaan masa depan, haa 20% je. Tetapkan hanya jumlah tertentu daripada gaji korang untuk simpanan waktu tua nanti. Jangan lah harapkan EPF yang korang boleh guna waktu dah pencen nanti, memang berjanggut. Sekurang-kurangnya kalau ada emergency nak pakai duit, boleh ambil dari simpanan ini. 

3. 30% - peribadi / SHOPPING!

Yang paling best! Baki 30% gaji adalah untuk korang enjoy! Makan-makan, karaoke, SHOPPING, bercuti & banyak lagi korang boleh guna. Percaya lah, bila dah asingkan 30% daripada gaji korang untuk perbelanjaan peribadi, rasa serba salah & menyesal tu korang takkan rasa sebabnya peruntukan untuk perbelanjaan keperluan dah diselesaikan. Nak beli iPhone 10 pun boleh, makan sedap-sedap atau apa sahaja dengan duit yang dah korang asingkan tu takkan beri kesan pada perbelanjaan yang lain.