Kerja Kosong Sebagai Pembantu Jualan Di 3 Lokasi Berbeza. Jom Kita Ramai-Ramai Mohon! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Kerja Kosong Sebagai Pembantu Jualan Di 3 Lokasi Berbeza. Jom Kita Ramai-Ramai Mohon! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 30, 2016
pada 5:52 AM

Map Active International Sdn Bhd kini sedang mencari Pembantu Jualan! Terbuka sebagai Full Time mahupun Part Time. Berrtempat di 3 lokasi berbeza iaitu di Bandar Utama, Subang Jaya serta Mid Valley City ianya memang satu pelaung yang menakjubkan. Map Active International Sdn Bhd adalah syarikat retail yang membawa jenama Spanx iaitu satu jenama pakaian dalam wanita. Dengan gaji sehingga RM1,700 sebulan ianya memang satu tawaran yang best! 

 

Keperluan

  • Memiliki SPM atau yang bersamaan.
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Kemas dan mampu bekerja dibawah tekanan.
  • Teliti dan mampu bekerja secara bersendirian atau berkumpulan dengan baik.
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan komputer.

 

 

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab sepenuhnya untuk operasi kaunter.
  • Memastikan kehadiran, disiplin dan etika kerja yang baik di kaunter.
  • Memastikan dasar dan prosedur syarikat dipatuhi.
  • Memastikan semua dokumen dikembalikan kepada Ibu Pejabat seperti yang dikehendaki.
  • Membantu dalam pengiraan stok barang.
  • Memberi maklum balas daripada pelanggan kepada Pengurus Operasi.

 

 

Manfaat tambahan

  • Komisyen jualan
  • Caruman KWSP
  • Klinik Panel

 

Lokasi Pekerjaan

  • Bandar Utama
  • Subang Jaya
  • Mid valley City