4 Cara Luar Biasa Ini Mampu Beri Kelainan Untuk Support Kawan Yang Menganggur - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Cara Luar Biasa Ini Mampu Beri Kelainan Untuk Support Kawan Yang Menganggur - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Nov 7, 2016
pada 8:33 AM

Dah nak hampir setahun korang bekerja, gaji pun best, coworkers sporting, & mula selesa dengan alam pekerjaan. Okay lah tu kan? Tiba-tiba lepak dengan kawan lama, dia dah lama menganggur sejak konvo dulu. Terkejut juga lah, kerana dah lama tak berjumpa. Patut lah senyap je bila ajak lepak, selalu je mengelak bila ada reunion. Takkan nak chow je macam tu kan, mesti nak buat sesuatu tapi nak buat apa? Ikuti 4 cara ini : 

1. Cari masa luang bersama

Untuk korang yang dah bergaji & baru je mula bekerja, setakat nak makan sandwich, minum kopi boleh lah lepas lagi. Bagi kawan korang yang belum bergaji ni, nak keluar rumah pun fikir 50 kali. Lagi kusut fikirkan diri masih lagi menganggur. Tak kisah pun korang kalau korang nak belanja makan kan,berapa lah sangat nak belanja. Untuk pengetahuan korang, kawan korang yang menganggur ni rasa sangat malu bila korang belanja. 

 

2. Jangan membebel

"Tu lah kau ni, ada kerja buat hal". Jangan sesekali ingat bebelan korang tu akan membantu kawan. Lagi lah mereka ni rasa sangat kecewa & hilang semangat terus. Cuba kalau korang di tempat mereka, mesti rasa nak marah je kan? Cuba jangan stress kan sangat tentang pengangguran mereka ni, bebelan korang ni hanyalah sia-sia.

 

3. Ganjaran sumber motivasi

Sebaiknya korang bagi semangat pada mereka ni untu terus berusaha mencari kerja, bukannya bebelan yang membuang air liur & tenaga korang. Support lah kawan korang ni sepanjang masa, walaupun diorang baru dapat interview, hantar resume, atau apa saja. Biar diorang rasa konfiden semula nak mula bekerja. Jangan biar diorang terperuk di rumah, tak nak jumpa kawan-kawan lain kerana ianya boleh beri kesan yang teruk jika dibiarkan. Contohnya, alami kemurungan.

4. Jangan biarkan mereka ni berhenti 

Dah hantar berpuluh-puluh resume, modify resume, email semua dah cuba. Namun masih takda jawapan dari majikan. Mereka ni berkemungkinan tinggi untuk putus asa sebab dah fed up & penat nak cari lagi. Sebagai kawan, jangan sesekali biarkan mereka putus asa begitu je. Selalu ingatkan bahawa mereka ni masih berpeluang untuk bekerja & sebagainya.