Rasa Gerun Nak Betulkan Kesilapan Boss?Lakukan 4 Cara Ini Pasti Berkesan! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

Rasa Gerun Nak Betulkan Kesilapan Boss?Lakukan 4 Cara Ini Pasti Berkesan! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Nov 13, 2016
pada 4:46 AM

Pernah tak korang tegur kesilapan Boss? Mesti korang rasa, ish gila lah mana berani nak buat,silap haribulan kena pecat. Tapi kalau tak tegur, mungkin akan mendatangkan kesan kepada syarikat. Macam mana nak tegur kesilapan Boss kalau dia sendiri tak nak dengar pendapat orang lain? 4 cara ini dapat membantu korang untuk memberanikan diri menegur Boss dengan cara yang lebih sopan & tak kasar :

1. Ketahui punca ketakutan

Apa yang membuatkan korang takut sangat nak bersuara bagi memperbetulkan kesalahan Boss? Takut salah? Buat drama & konflik? Mengekspreskan ketakutan korang sebenarnya membantu untuk menjelaskan lagi punca sebenarnya. Jikalau korang gerun sangat nak bersuara depan coworkers yang lain, boleh je korang research dulu punca sebenarnya & kukuhkan lagi sebab kenapa korang patut tegur kesalahan Boss. 

 

2. Penilaian sendiri bukan emosional

Kadangkala penilaian diri korang pengaruhi keputusan & perbuatan. Kalau korang masih teragak-agak & trauma nak bersuara bagi menegur kesilapan Boss, cuba pertimbangkan penilaian dari diri korang pula & pertahankannya. Mana lah tahu, teguran korang boleh mengubah & meningkatkan produktiviti syarikat. Tak semua perkara Boss korang nampak, jadi ianya tanggungjawab korang untuk menegur & perbetulkan kesilapan Boss.

 

3. Letak diri di tempat Boss

Letakkan diri korang di tempat Boss, tak nak ke orang lain tegur kesilapan yang telah korang lakukan tanpa sedar? Melainkan diri tu memang ego tinggi, mestilah nak orang tegur kan. Jangan pernah lupa yang diorang ni juga manusia yang tak terlepas untuk lakukan kesilapan, Boss korang juga ada blind spot yang diorang sendiri terlepas pandang. 

 

4. Elak statement 'you'

Jangan ketara sangat dengan penggunaan kata-kata dengan Boss. Kalau boleh elakkan kata-kata yang jelas menyalahkan Boss korang bulat-bulat, guna kata-kata 'You' 'Awak' & sebagainya yang menunjukkan kata ganti dirinya. Berkias sikit bila tegur Boss takda lah dia rasa tercabar atau terkilan atas teguran yang korang berikan.