Company Mana Nak Lagi Elaun Internship Mencecah RM1000++ Sebulan?Kalau Bukan Di Sini Sebagai Graphic Designer! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan

Company Mana Nak Lagi Elaun Internship Mencecah RM1000++ Sebulan?Kalau Bukan Di Sini Sebagai Graphic Designer! - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Jan 11, 2024
pada 10:17 AM

Korang seorang yang kreatif? Masih belajar dalam bidang Graphic Designer dan bidang yang berkaitan. Jangan sia-siakan kreativiti korang tu. Ini ada peluang hebat untuk korang mohon jawatan Intership. Elaun yang diberikan juga sangat lah banyak dan best. Company mana lagi nak bagi? Nak tahu lagi tak keistimewaan lain yang gempak. Jom kita baca lebih details: Mungkin ini lah tempat korang!

 

 

 

Keperluan

  • Mempunyai Diploma/Degree dalam Art, graphic design, multimedia dan yang berkaitan.
  • Mahir dalam Adobe Acrobat, Illustrator, Photoshop dan yang berkaitan.
  • Boleh berbahasa melayu dan english, dalam komunikasi dan tulisan.
  • Manfaat lain berdasarkan kelayakan dan pengalaman.
  • Boleh mula kerja secepatnya.

 

 

Tanggungjawab

  • Menghasilkan rekaan grafik, layout digital, Pengiklanan seperti teksi, bas, facebook, linkedin dan sebagainya.
  • Kreatif, boleh buat pelbagai kerja, seseorang yang bermotivasi, berdikari, boleh mendengar arahan.
  • Boleh menyiapkan kerja pada waktu ditetapkan.
  • Mempunyai disiplin diri, sentiasa fokus dan seseorang yang teratur.
  • Boleh mengurus masa, dan membuat kerja lebih masa.

 

Manfaat tambahan

  • EPF
  • SOCSO
  • Overtime
  • Elaun
  • Bonus

 

Lokasi Pekerjaan

Jalan Hang Tuah 2, Taman Salak Selatan, Kuchai Lama, Kuala Lumpur. 57100, Malaysia.

 

Macam mana? Seronok kan! kalau tiada pegangkutan sendiri pun korang boleh naik pengangkutan awam. Masih fikir lagi? kenapa nak sia-siakan peluang keemasan ini. Lebih baik mohon sekarang. Selain kerja korang juga boleh mencari pengalaman. Satu kelebihan untuk korang.