Syarikat Yang Bereputasi Baik Takkan Buat 8 Benda Gila Ini Dekat Staff Mereka!
# Pengetahuan Pekerja

Syarikat Yang Bereputasi Baik Takkan Buat 8 Benda Gila Ini Dekat Staff Mereka!

post by Izuan

by Izuan

Nov 16, 2016
pada 4:07 AM

Memang rasa teruja tak terkata jika si job-seeker telah mendapat tawaran baru atau diterima bekerja di sesebuah syarikat setelah sekian lama menganggur.

Apa yang bermain di fikiran hanyalah "asalkan dapat kerja / janji aku dapat blah dari tempat ni / dapat better offer", kegembiraan yang telah mengaburi penilaian kita tanpa disedari bahawa rupa-rupanya kita sudah memilih tempat yang salah.

Namun, rasa menyesal tidak berguna kerana segalanya dah lewat, tapi tak boleh salahkan diri kerana mungkin kita telah diperdaya dengan 'mulut manis' majikan sebelum kita menjejakkan kaki disyarikatnya.

Dari situ, mulalah hubungi segala rakan-rakan jika ada peluang kerja di mana-mana tempat untuk tukar kerja baru.

Mungkin majikan tidak menunjukkan sebarang petanda negatif sewaktu temuduga (sepertimana yang kami telah kongsikan dalam artikel sebelum ini) tapi anda boleh menilai jika sudah mula bekerja, perhatiakn segala-galanya sepanjang tempoh percubaan di dalam syarikat tersebut.

Jika majikan ada buat 'benda gila' ini kepada anda, maknanya syarikat itu memang tak bagus!

  • Kacau Staff Pada Waktu Petang/Malam
  • Memakai Wang Sendiri Untuk Perbelanjaan Syarikat
  • Melanggar Undang-Undang Atau Melakukan Sesuatu Perkara Yang Tak Beretika
  • Menipu Pekerja, Pelanggan Atau Vendor Demi Keuntungan Syarikat
  • Melaksanakan Lain Daripada Apa nYang Dijanjikan Kepada Pekerja
  • Berdiam Diri Terhadap Masalah Yang Terjadi Kerana Ingin Mengelak Daripada Diri Merasa Malu Atau Menjaga Nama Baik
  • Tidak Mendengar Masalah Pekerja
  • Kerja Sewaktu Sakit

Kerja sewaktu sakit jika dipandang dari sudut lain bermaksud berusaha keras, mengorbankan fizikal dan mental demi mencapai kejayaan.Tapi sebenarnya ia tidak bagus kerana telah menyebarkan jangkitan kuman kepada yang lain. Jangan kerana seorang pemimpin boleh melakukannya, pekerja harus ikut!

Majikan yang cuba masuk campur hal peribadi pekerja adalah satu petunjuk bahawa syarikat tersebut merupakan mempunyai reputasi buruk. Namun ia akan jadi kebaikan jika majikan sudi menghulurkan bantuan atau pekerja sendiri rela hati untuk berkongsikan masalah mereka.