Terlampau Stress? 6 Tips Ini Mampu Atasi Anxiety Di Tempat Kerja! - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Terlampau Stress? 6 Tips Ini Mampu Atasi Anxiety Di Tempat Kerja! - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Nov 16, 2016
pada 8:31 AM

Mungkin korang dapat kerja baru, persekitaran baru, kawan baru dan bos baru. Permulaan kerja masih mengenal jalan dari setiap sudut, perangai dan haluan kerja. Takpun korang ada projek besar, task kerja yang melambak dan hampir waktu due date. Memang stress lagi lagi bila rakan kumpulan buat perangai. Bukan orang bekerja sahaja. Pelajar-pelajar pun selalu kena masalah Anxiety ini. Jika dibiarkan lama-lama boleh mengakibatkan kemurungan. Bahaya!

 

Apa itu Anxiety? Menurut SUMBER. Ia adalah satu penyakit yang berhubung kait mengenai dalaman. Maksudnya ialah perasaan subjektif yang tidak selesa, atau takut apa akan berlaku dimasa hadapan. Contoh paling kritikal ialah kematian dan sebagainya. Kebimbangan ialah perasaan tidak selesa disertai dengan ketengangan otot, kegelisahan, keletihan dan masalah lain. Jika berlarutan ia akan mendapat penyakit Anxiety Dissorder. 

 

Ketakutan dan kebimbangan boleh merangkumi dari aspek 1) Tempoh masa pengalaman yang beremosi. 2) Terlalu fokus kepada duniawi. 3) Fokus yang terlampau kepada ancaman. 4) Terlalu diarah. Kadang-kadang manusia terlalu bimbang dengan kehidupan sosial. Apa kata orang pasal diri kita, mainan perasaan dan sebagai nya.Adalah lebih mudah fobia dan trauma.Mungkin berpunca dari masa silam yang negatif

Jadi di bawah ini disertakan cara-cara mencegahnya:

 

1) Susun jadual setiap pagi.

Celik mata sahaja setiap pagi korang check inbox email ingat pasal kerja dan sebagainya. Memang korang hebat. Tetapi lebih baik jika korang dan mengambil masa sedikit untuk meditasi, yoda dan sedikit joging. Takpun menikmati air buah buahan dicampur dengan sedikit susu atau yogurt. Bermaksud korang kena lebih santai di waktu pagi. Tapi mestilah kena dapat kan waktu tidur yang cukup. Takpu set alarm telefon bimbit korang dengan lagu-lagu yang klasik dan menenangkan. Jadi takde lah korang bangun dengan terkejut. 

 

 

2) Kawal apa yang mudah dikawal.

Tidak dapat mengawal sesuatu kadang-kadang menjadi punca anxiety. Cari satu jalan sekecil mana pun penyelesaian untuk mengawal sesuatu. Kerana ia sangat membantu. Selain itu, cuba kawal serangan kerja yang masuk. Contoh, terlampau banyak task kerja dalam 1 masa. Dan rakan sekerja mintak tolong untuk korang bantu kerje mereka. Boleh tapi lebih elok suruh mereka tunggu, dan siapkan kerja korang tu dulu. Sebelum tidur siapkan satu garis masa untuk keesokan hari nya. Kerja mana yang lebih penting untuk disiapkan dulu dan asingkan kerja yang boleh ditunggu.

 

3) Curi sedikit masa untuk rehat.

Tergesa-gesa menyiapkan kerja, padahal boleh tunggu. Korang yang gelabah. Hey chill and rileks lah. Takkan 8 jam nak hadap komputer sahaja? Turn off korang punya komputer. Lakukan sedikit renganggan dan ambil udara segar. Kalau ada bunga di sekeliling korang. Pergi hidu! kerana bunga mengeluarkan bau yang memberikan aura positif!

 

 

4) Exercise (Wajib walaupun korang tak nak)

Berpeluh itu sesuatu yang sihat. Semasa korang yang berjoging membakar kalori, dalam masa yang sama korang bakar sifat anxiety juga! Bersenam merangkumi banyak cara juga. Janji aktiviti yang mengeluarkan peluh. Walau dalam keadaan terpaksa untuk senam! Ia tetap akan membakar kalori.Ataupun, biasakan bangun pagi melakukan senaman ringan selama 10 minit. contohnya paling mudah ialah tekan tubi dan lari setempat. Senang kan. Jadi jangan jadikan sifat pemalas korang tu punca korang stress. Korang yang cari penyakit sendiri kalau malas tu.

 

5) Apa kena mengena makanan dengan Anxiety?

Kerap mengambil kafein, gula dan makanan berkalori tinggi? Ia seperti membakar arang kayu untuk meningkatkan kelajuan kereta api! Tak faham? maksudnya korang yang mempercepatkan untuk mendapat sifat Anxiety, cemas dan bimbang. Pemakanan yang tidak sihat memburukkan lagi keadaan. Gula juga boleh meningkatkan tekanan. Elakkan kafein dan ambil lah minuman kosong, teh dan herba. Badam, buah-buahan dan rumpai laut dapat mengekalkan diet seimbang, selain itu menyembuhkan tekanan darah. Seterusnya dapat menyihatkan dari segi fizikal dan mental.

 

 

Dan paling penting. Cuba kekalkan keadaan kerja anda dengan lebih perspektif dan sistematik yakni teratur. Takpun korang boleh ikuti kelas yoga dan bergaul dengan rakan-rakan baru! Kadang-kadang punca Anxiety ialah korang kesunyian tanpa teman.Elakkan benda ini berlaku dan cuba bergaul dengan lebih ramai orang. Sebelum tidur kosongkan minda. Tarik nafas dengan cara yang betul. Ingat, Mengelak itu lebih baik dari mengubati.