Jom Kerja Di SENHENG Sekitar Penang, Gaji Sampai RM 4,500, 5 Hari Kerja, Ada Komisyen & Elaun Lagi!
# Jenis Pekerjaan

Jom Kerja Di SENHENG Sekitar Penang, Gaji Sampai RM 4,500, 5 Hari Kerja, Ada Komisyen & Elaun Lagi!

post by Izuan

by Izuan

Nov 20, 2016
pada 9:46 AM

Pasti akan menjadi idaman setiap orang untuk memiliki pekerjaan yang bergaji tinggi, dengan keadaan sekeliling yang begini pasti korang rasa macam hanya sekadar mimpi je kan? Macam mana kalau kami katakan ianya realiti?

Gaji basic yang begitu besar ditambah pula dengan komisyen serta elaun-elaun yang dahsyat belaka, dah boleh kalahkan orang yang berpangkat dalam kerja pejabat tau!

Bertuahnya mana-mana warga Penang yang dapat kerja di SENHENG ini, ramai yang mengeluh peluang kerja di sekitar Penang tidaklah seperti di KL. Tapi bila dah ada peluang, hambek kau! Jom tengok jawatan kosong apa yang disediakan di SENHENG sekitar Penang ini.

Bukan setakat gaji sahaja yang lumayan, ada lagi manfaat yang berbaloi-baloi untuk jawatan-jawatan ini.

 

 

Kalau korang ada sikap bermotivasi, bermatlamat tinggi dan bersemangat dalam industri jualan dan perkhidmatan. Inilah jawatan paling sesuai sekali! Perangai yang bagus serta berminat untuk belajar & berkembang dalam industri runcit kena ada tau, yang pengting sekali Retail Sales Assistant mahukan pekerja yang jenis cepat belajar. Untuk jawatan ini sahaja korang dah boleh raih sehingga RM 3,500 ++ sebulan. Banyak kan?

 

 


Tugasnya mudah sahaja, Retail Product Spacialist Assistant ini perlu merunding kepada pelanggan terhadap barang-barangan yang ada. Bekerja secara bebas untuk mencapai sasaran jualan individu semasa bekerja dengan semangat pasukan yang baik dan menyumbang kepada sasaran jualan outlet. Jika korang seorang yang Fast Learner, Retail Product Specialist Assistant memang dah 'ngam' untuk korang.

Korang boleh peroleh gaji sehingga RM 4,000 ++ sebulan tau!

 

 


Tugas sebagai Retail Supervisor Assistant lebih kurang sama, cuma mereka akan membuat pemantauan kepada secara keseluruhan. Selain itu ia mahukan orang yang dah berpengalaman dalam bidang retail. Kalau korang mohon kerja sebagai Retail Supervisor Assistant ini, ada potensi untuk mendapatkan gaji sehingga RM 4,500++ sebulan tau!

 

 


 

Komisyen!

Dahlah gaji basic tinggi, siap ada komisyen lagi kalau dapat 'tarik sales'. Waah! Tak sangka rupanya syarikat SENHENG Electric Sdn Bhd boleh bagi manfaat yang lain sikit. Korang kalau dah dapat peluang kerja yang ada komisyen ni jangan sia-siakan! Buat betul-betul kalau nak pulangan masyuk

 

Elaun Latihan RM 300*

Waah! Training pun ada elaun! Speechless! Kalau dah basic, ada komisyen elaun training pun dapat, waaah mewah korang. Tak nak ke? Eh kejap, ada lagi...

 

Elaun Pendidikan Tinggi Sehingga RM 500*

Pergh! Beruntungnya kalau kerja ini, siapa kata belajar tinggi-tinggi tak boleh dapat gaji banyak? Lagi tinggi lulusan korang, lagi banyaklah elaun yang akan diterima!

 

Manfaat Lain : 

  • Insentif Pembekal 
  • Insuran
  • Medical
  • Dental
  • 5 hari bekerja

Tunggu jap! Kalau tak suka juga ada satu lagi jawatan yang menarik, khas untuk golongan yang ada latar belakang pendidikan tinggi.

 

Untuk adik-adik graduan muda dalam bidang Pemasaran, Pengajian Perniagaan atau berkaitan yang tinggal di Penang sana, jawatan sebagai Retail Marketing Executive sedang menanti korang! Kalau boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik, ada kenderaan sendiri sudah cukup memadai.

Cuma SENHENG mahukan mereka yang mohon sebagai Retail Marketing Executive ini seorang yang berdikari dan boleh melakukan kerja dengan pemantauan yang minimum. Gaji Sehingga RM 2,800++ sebulan! Nak tahu apa manfaat nya?

Manfaat :

  • Elaun travel
  • Elaun Telefon 
  • Elaun Jawatan
  • Kad Shell (minyak ditanggung!)
  • Insuran
  • Medik
  • Dental
  • Dan Sebagainya