Persepsi VS Realiti : Inilah 4 Ragam Calon Pekerja Yang 'Indah Khabar Dari Rupa' Sewaktu Interview - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Interview

Persepsi VS Realiti : Inilah 4 Ragam Calon Pekerja Yang 'Indah Khabar Dari Rupa' Sewaktu Interview - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Nov 21, 2016
pada 2:05 AM

Kita sebagai recruiters sering menemu duga para calon untuk mendapat kerja. Pelbagai jenis ragam, karakter, sikap dan penampilan yang kita jumpa. Dan yang paling kerap berlaku ialah apa yang kita harapkan. Tapi sesudah keputusan nya berbeza. Apa yang kita tidak harap calon itu bagus. Tiba-tibe masa interview calon sangat professional. Selalu kan jadi macam ni. Itu lah kita tidak boleh menilai seseorang terlalu cepat dan juga tidak boleh mengharap terlalu cepat.

Untuk calon. Pakaian yang kurang baik dan tidak kemas pada pertemuan kali pertama sangat perlu dititik berat. Mungkin para recruiters akan memendekkan masa interview sebab tak berminat nak tengok penampilan korang! Jangan sesekali perkara ini berlaku. Disini ada beberapa situasi yang kerap berlaku :

 

1) Cemerkap dan kusut

Contoh situasi. Kita sebagai recruiters ingin menemu duga seseorang ini. Tiba-tiba bila masuk bilik sahaja calon terjatuh. Terus merosakkan penampilan dan rambut pun kusut masai. Mesti dalam kotak fikiran kita calon ini mungkin seseorang yang terburu-buru cemerkap dan tidak pentingkan penampilan! Terus korang pandang rendah. Hey jangan mengkritik orang terlalu cepat. Tiba-tiba masa interview rupanya dia sangat professional dan hasil kerja nya sangat superb! Korang pun rasa macam tak percaya. HAHA! Alah biasalah tu kalau dia rasa gementar dan gemuruh. Dulu masa mula-mula dapat kerja pun macam ni kan.

Tips - Kalau penampilan buruk ke atau terjatuh masa interview. Jangan lah korang gelakkan. Sepatutnya tugas recruiters ialah hilangkan rasa gementer dia orang. Mungkin korang boleh bergurau sedikit dan jangan terlalu serious. Buat dia selesa dan meningkatkan keyakinan dirinya. 

 

 

2) Ingat kan power sangat. Rupanya kosong!

Fuhh dia punya resume memang hebat weh. Excited korang recruiters nak interview dia. Datang-datang je penampilan menarik. Bak kata orang handsome dan cantik. Masa interview pun hanya okey-okey sahaja. Recruiters pun ambik lah dia bekerja bukan sebab hasil kerja baik. Tapi sebab penampilan menarik. Bila dah start bekerja. Punah segala harapan. Hanya reti grooming tapi kerja semua kelaut! Baru korang tahu menyesal. Rupa cantik dan handsome tapi tak boleh buat kerja apa guna. Pepatah ada kata "Beauty without brain". 

Tips - Jangan lah guna personal feeling korang untuk mengambil seseorang pekerja tu. Kita sepatutnya lihat dari sudut hasil kerjanya. Ye betul penampilan itu penting. Tapi itu bukan sesuatu keutamaan. Takpun masa interview tu buat atau sediakan satu ujian untuk para calon. Lihat adakah dia boleh lakukan atau tidak. 

 

 

3) Perokok tegar.

Dalam gambar passport. Dagu runcing, kulit halus mulus. Bila datang interview muka lain dari gambar. Dan paling best badan dia berbau dan mungkin perokok tegar. Okey korang nak ambik kerja atau tidak? Tapi hasil kerja dia dan masa interview professional. Tak salah jika dia perokok dan badan berbau. Ye mungkin orang lain tak berapa selesa dengan nya. Ialah siapa kita dari nak halang dia hisap rokok? Asalkan dia boleh buat kerja tidak apa lah kot.

Tips : Selepas ambik mereka kerja, mungkin boleh buat peraturan untuk pekerja. Hisap rokok boleh, tapi jika masuk dalam office hilangkan dulu bau itu dahulu. Tapi cakap lah dengan cara yang elok. Dan jika  badan seseorang tu memang berbau, tegur lah dengan cara halus. Yelah kita pun kesian dengan rakan sekerja lain takut tidak selesa. 

 

 

4) Resume 100 peratus di ambil kerja.

Resume sangat menarik. Kelebihan dan soft skill semua dalam tahap "sangat bagus". Sampaikan bahagian pencapaian juga 2 muka surat belum tentu habis. Tapi bila hadir interview je? Belum-belum english tunggang-langgang. Bila suruh huraikan pencapaian semua tak yakin jawab. Yelah mungkin dia orang menipu tulis dalam resume! Kenapa perlu menipu? Orang begini mungkin tidak setia kepada syarikat.

Tips : Untuk recruiter. Kena ada skill untuk tahu calon menipu atau tidak dalam resume. Untuk para calon pulak. Jangan lah menipu. Jadi diri sendiri dan kunci segala kejayaan ada lah keyakinan dan usaha.

Mesti selalu jumpa kan! Alah biasalah manusia ini macam-macam ragamnya. Nak tak nak kita kena hadap juga. Tak perlu lah kita menilai orang terlalu cepat. Dan sangat salah jika kita berharap terlalu tinggi kepada calon. Takut nanti korang jugak yang kecewa. Jangan salah pilih pekerja. Masa interview itulah membuktikan segalanya. Untuk para calon, pilih lah kerja yang bersesuai dengan korang. Jadi diri sendiri dan tunjukkan dan buktikan korang boleh buat kerja!