Pastikan 4 Kemahiran Ini Ada Pada Diri Walaupun Kerja Biasa-Biasa Je - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Pastikan 4 Kemahiran Ini Ada Pada Diri Walaupun Kerja Biasa-Biasa Je - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Nov 21, 2016
pada 8:01 AM

Kemahiran yang ada pada diri mampu ubah kehidupan tak kisah apa pun kerjaya korang. Walau apapun bidang kerjaya yang korang ceburi, 4 kemahiran ni amat penting untuk dikuasai walaupun korang rasa 'alah,kerja biasa je pun tak berguna sangat pun'. Salah tu, kekuatan korang bukan lah terletak semata-mata pada sijil kelayakan. Tanpa kemahiran ni, nilai korang hanyalah kosong walau gaji beribu-ribu.

 

 

1. Public Speaking

Tak kira lah samada korang lepasan SPM mahupun Ijazah Sarjana Muda, apa yang paling penting adalah kemahiran Public Speaking pada diri. Itulah kekuatan yang orang lain tak dapat tandingi walau tinggi mana pun pelajaran & kelayakan korang. 

2. Pengurusan kewangan peribadi

Pengurusan kewangan peribadi adalah perkara yang masih belum dapat diuruskan dengan baik lagi kalau dilihat secara kasar. Perkara asas yang korang semua patut mahir kerana ianya salah satu survival kit & panduan untuk korang kawal perbelanjaan harian walaupun dalam keadaan kekurangan duit. Tips amat berguna untuk korang amalkan : sentiasa berbelanja lebih kurang daripada gaji yang korang dapat. 

3. Pembelajaran Bahasa 

Daripada teknologi kuno sampai lah canggih semesta, secara tak sedar kita dah mula memasuki era multilingual dimana budaya, perniagaan & orang dah mula berintegrasi secara global. Penguasaan bahasa lain adalah sesuatu yang amat berguna untuk pengetahuan am, peluang perkembangan kerjaya, pengenalan budaya baru & banyak lagi. 

4. Pembacaan ekspres

Walaupun kita di era yang amat moden, tapi ada juga perbuatan yang masih diamalkan oleh kebanyakan daripada kita semua. Membaca buku. Mungkin ramai diantara korang, dah tak beli buku fizikal tapi sebaliknya gantikan dengan bacaan digital. Perbuatan ni sememangnya dapat luaskan pengetahuan korang dengan lebih mendalam tapi nak habiskan senaskah buku ambil masa yang agak lama. Sebagai kelainan, speed reading adalah peluang untuk tambah input pada pengetahuan korang. Lebih banyak perkara korang boleh discover dengan hanya membaca buku.