Sesi interview dah dijalankan dan semuanya lancar, buat penilaian dan akhirnya jumpa calon yang betul-betul layak. Suka dengan caranya, kualiti kerja yang bagus, pendek kata menepati segala kriteria yang ditetapkan syarikat tersebut.


by Izuan
Sesi interview dah dijalankan dan semuanya lancar, buat penilaian dan akhirnya jumpa calon yang betul-betul layak. Suka dengan caranya, kualiti kerja yang bagus, pendek kata menepati segala kriteria yang ditetapkan syarikat tersebut.
Tapi hampa apabila calon itu dah mengambil tawaran di tempat lain, mesti frust kan? Terpaksalah pilih calon lain yang tidak sebagus dengan calon idaman itu. Silapnya datang daripada majikan sendiri, mungkin inilah sebabnya majikan dah 'melepas' seseorang yang begitu berharga sepanjang sesi penilaian tersebut atau sejak waktu interview lagi.

Untuk memastikan calon tersebut betul-betul layak, penelitian dari setiap sudut perlulah diambil kira dan ia satu perkara yang bagus bagi memastikan kualiti prestasi organisasi. Namun, ia agak menjengkelkan para jobseeker jika ia ambil masa terlalu lama sehingga sebulan.
Dalam diri jobseeker, sudah tentu mereka mahukan kerja secepat mungkin, jadi apa yang mereka fikir first come first serve. Jadi, ambil masa seminggu atau duia minggu sudah cukup memadai untuk melakukan proses pemilihan.

Perkenalkan diri, kelebihan, kelemahan, kemahiran, kenapa kami perlu ambil bekerja disini sudah cukup memadai untuk tanya calon-calon serta soalan cepumas sedikit.
Tanya banyak soalan yang melampau sehingga calon naik rimas juga dikira satu perkara negatif yang majikan lakukan. Apatah lagi jika melibatkan hal-hal peribadi, mungkin niat majikan ingin cuba menguji mental calon tapi cara sebegini sebenarnya tidak begitu berkesan jika dilakukan kepada golongan Gen Y.

Ketahui skop kerja dahulu sebelum interview calon, tapi kalau interviewer sendiri tak tahu kerja apa yang dilakukan apa yang terlintas di fikiran jobseeker adalah 2 masalah ini : tak faham kerja apa dan juga akan banyak kerja kena buat sehingga diluar bidang.
Ada kemungkinan juga yang mereka fikirkan ini adalah kerja scam! Jadi, buat research dahulu untuk penjelasan yang lebih mendalam walaupun anda (interviewer) ini dari department lain.

Biasanya sesi interview hanya melibatkan dua pihak sahaja, iaitu wakil majikan dan calon. Ada segelintir majikan yang akan interview secara berkumpulan kepada seorang calon.
Jika jawatan yang ingin dimohon hanyalah pekerja biasa yang tidak berpangkat, tak perlulah melibatkan pelbagai pihak. Cukup hanya sekadar 2 orang interviewer. Calon akan menjadi gugup dan memikirkan kerja yang akan dilakukan susah dan tak setimpal dengan gaji yang ingin ditawarkan.