Warga Puchong Jom Mohon Sebagai Penolong Pelatih Renang Dengan Gaji Mencecah RM3,500! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Warga Puchong Jom Mohon Sebagai Penolong Pelatih Renang Dengan Gaji Mencecah RM3,500! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Nov 23, 2016
pada 3:35 AM

Ada sesiapa di sini yang gemar bersukan ke? Gemar tak menghabiskan masa dengan berenang? Bila tiba hujung minggu je mesti pergi ke kolam renang dan berenang berjam-jam. Bagi mereka yang memang minat sangat berenang ni ada satu kerja yang terbaik buat korang semua. Bak kata orang sambil menyelam minum air lah! Jom mohon sebagai Penolong Jurulatih Renang di Optimum Train dengan gaji maksima boleh mencecah RM3,500 sebulan tau. Ianya terbuka buat posisi Part Time serta Full Time.

 

 

Keperluan

  • Paling kurang umur 17 tahun ke atas
  • Penyayang, bersemangat dan juga bagus dalam berkomunikasi dengan kanak-kanak
  • Ada atau tanpa pengalaman kerja
  • Ada atau tanpa kelayakan akademik
  • komitmen yang baik
  • Mempunyai pengangkutan sendiri, mungkin diperlukan untuk perjalanan dalam kawasan Klang valley kerana kami akan mengembangkan perniagaan kami pada masa akan datang

 

Tanggungjawab

  • Menjaga keselamatan pelajar
  • Membantu jurulatih di dalam kelas
  • Menguasai kemahiran renang dan mendapatkan sijil penyelamat nyawa
  • Memahami dan mematuhi peraturan Optimum Train
  • Memahami dan mengamalkan kod etika sebagai seorang jurulatih renang

 

Manfaat tambahan

  • EPF & SOCSO dibekalkan
  • 8 hari cuti tahunan & 14 hari cuti sakit
  • Elaun bulanan untuk perbelanjaan perubatan sehingga RM100
  • Insurans Perubatan (sesiapa berkhidmat dengan kami selama setengah tahun dan ke atas)
  • Bonus akhir tahun
  • Pelancongan syarikat tahunan & majlis makan malam
  • Latihan renang yang percuma
  • Promosi dalaman untuk menjadi jurulatih rasmi
  • Bonus KPI bulanan tambahan selepas dipromasikan ke jurulatih rasmi
  • Jumlah jam bekerja hanya 40 jam seminggu, lebih kurang daripada kebanyakan kerja-kerja pejabat

 

Lokasi Pekerjaan

  •  Puchong, Selangor
  •  Puchong Kinrara, Selangor

 

Menarik kan kerja ni? Bagi mereka yang gemar aktif bersukan dan berenang adalah salah satu aktiviti yang paling digemari, jom jadi penolong pelatih renang dengan gaji maksima sebanyak RM 3,500 sebulan. Anda bakal dapat bonus KPI, latihan renang dengan percuma, bonus akhir tahun, elaun perubatan sehinga RM100 dan bermacam lagi lah. Rugi kalau tak nak cuba. Klik sahaja pada link okay.