Kerja Kosong Yang Laku. Crew The Pisang Cheese Diperlukan Di 3 Lokasi Berbeza - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Kerja Kosong Yang Laku. Crew The Pisang Cheese Diperlukan Di 3 Lokasi Berbeza - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Nov 23, 2016
pada 4:03 AM

Lagi tawaran kerja yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Kali ini kerja kosong sebagai Crew The Pisang Cheese terbuka di 3 lokasi berbeza iaitu di Seksyen 13, Shah Alam, Bangi serta TTDI. Korang pilih je nak jadikan ianya sebagai kerja Full Time atau Part Time, tak ada masalah! Gaji bulanan adalah sehingga RM1,500 tanpa mengira apa pun kelulusan korang. Memang kerja ni laku macam pisang goreng panas weh! Mohon cepat-cepat! 

 

 

Keperluan

  • Ada kenderaan sendiri di utamakan 
  • Boleh bekerja lebih masa 
  • Seorang yang CEKAP/pantas membuat kerja 
  • Kemas & pembersih 
  • Seorang yang mesra dan murah senyuman 
  • Boleh menerima teguran dan tunjuk ajar 
  • Berpewatakan positif & ceria,seronok bekerja dalam berkumpulan 
  • Tidak kekok membuat kerja dapur. 
  • SERIUS untuk bekerja

 

Tanggungjawab

  • Menjalankan kerja-kerja operasi di kiosk (penyediaan produk, opening & closing kiosk)
  • Sentiasa memastikan kebersihan di kiosk 
  • Stock update untuk kiosk

 

 

Lokasi Pekerjaan

  • Seksyen 13, Shah Alam 
  • Bangi 
  • Taman Tun Dr Ismail, Damansara (TTDI)

 

Ini memang tawaran kerja yang laku keras macam pisang goreng panas! Eh memang kena sangat dengan bisnes diorang jual pisang goreng. Hehe.. jom semua kepada student-student kolej yang tinggal di sekitar Shah Alam, Bangi, TTDI atau sesiapa sahaja lah yang mahukan kerja kosong, kena mohon cepat sebelum terlewat!