Makan Durian Dan 6 lagi Perkara Yang korang Tak Patut Buat Di Office - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Makan Durian Dan 6 lagi Perkara Yang korang Tak Patut Buat Di Office - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Nov 27, 2016
pada 4:33 AM

Ada tak sesiapa di sini yang officemate dia ada masalah kaki berbau? Sekali bila dia buka je kasut dia dalam office semerbak bau dia sampai ke bilik bos boleh bau. Tak tahan nak kerja macam ni! Ataupun kalau bukan officemate korang yang ada berperangai buruk, mungkin korang ke sebenarnya yang lakukan perkara sebegini? Hehe..

Okay itu salah satu sikap atau masalah biasa yang dihadapi di office, tapi kalau nak bukukan kesemua masalah yang dihadapi boleh buat 10 jilid tau. Daripada jenis staff yang pengotor, cakap kuat semuanya lah. Alaa, biasalah kadang-kadang bila dah rasa selesa di office mula lah akan buat macam dekat rumah sendiri kan? Yang pastinya ini 7 tabiat staff yang patut sama sekali dielakkan supaya tak membuatkan staff lain naik mengamuk dengan perangai korang:

 

 

1.  Flos gigi di meja office

Pantang betul kalau ada pekerja yang boleh pula nak flos gigi di meja kerja ni. Orang kalau nak personal grooming ni pergi lah ke tandas kan? Ini tak, lepas je makan tengah hari, terus keluarkan toothpick dan cungkil-cungkil gigi. Haihh

 

2.  Mengunyah makanan dengan kuat

Dengar macam benda kecil je kan? Tetapi ini lah salah satu punca mengapa boleh timbulnya pergaduhan di office sesama pekerja tau. Office ni tak ke senyap dan yang ada hanyalah bunyi menekan papan kekunci dan ada pula dah satu staff ni suka betul mengunyah makanan snek dengan kuat. Eh, boleh tak kunyah makanan tu tutup mulut?

 

3. Buka kasut di office

Kalau yang jenis pakai kasut bertutup dan stokin tu tak berbasuh beberapa minggu, lepas tu boleh pula buka kasut dekat office tayang stokin busuk dia. Haihhh.. Sedar lah diri tu sikit, sudah la office ni bertutup dan air-cond pula tu. Bau dia memang semerbak sampai boleh pengsan. 

 

4. Cakap kuat di phone 

Jawab panggilan telefon kalau boleh tu nak bagi satu office dengar. Makcik, ini office tempat orang buat kerja bukannya pasar malam nak berborak hal jiran kuat-kuat macam tu. Susah juga kalau dapat officemate yang tak reti nak jaga hati pekerja lain ni. 

 

5. Ambil barang orang tanpa kebenaran

Baru je nak guna pen tiba-tiba dah hilang daripada meja. Pen halimunan ke macam mana? Kalau lah nak pinjam barang orang, boleh je kalau minta izin dahulu, jangan buatkan tuann empunya barang tu tercari-cari. Kalau pen boleh dimaafkan lagi, ini kerusi office ni boleh pula main sorok-sorok. Apa tak cukup kerusi ke dekat office ni weh?

 

6. Tak cuci pinggan kotor

Pantry tu adalah hak semua orang. Itu adalah tempat untuk semua pekerja dan sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk nak jaga kebersihan pantry tu. Lepas makan atau minum sila basuh sendiri ya. Jangan ingat di office ni ada orang gaji pula dibayar untuk nak basuh sisa pinggan-mangkuk korang.

 

7. Bawa makanan yang berbau

Ini bukannya mencuba nak jadi kejam, tetapi boleh fikir sendiri kot keadaan office macam mana kan? Jangan lah bawa bekal durian ke tempat kerja pula. Tolong lah pertimbangkan orang lain yang mungkin tak suka durian. Lagi satu, ikan kering atau belacan, petai dan segala jenis makanan yang mungkin mendatangkan bau yang kurang senang elok lah disimpan di rumah sahaja ya.

 

*Sumber: Mashable.com