Ini 3 Cara Yakinkan Bos Yang Korang Boleh Buat Kerja Semasa Hamil - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Ini 3 Cara Yakinkan Bos Yang Korang Boleh Buat Kerja Semasa Hamil - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Nov 27, 2016
pada 7:56 AM

"Tahniah! Korang bakal menjadi ibu". Siapa tak gembira kan kalau korang bakal menimang cahaya mata. Lagi-lagi ini anak pertama korang. Jadi perasaan berkobar tu hingga tidak terkata. korang dah bersedia dari segi mental dan fizikal. Walaupun tarikh kelahiran lama lagi. Korang dh sediakan semua lebih awal kerana terlalu teruja. Tapi, satu masalah korang tak boleh elak. Bagaimana ingin bagi tahu bos atau manager korang?

Adakah mereka akan terima baik? Yelah kita faham ibu mengandung ni banyak ragam nya. Tidak boleh bekerja berat dan kadang-kadang alah kepada sesetengah benda. Takut bos atau manager kata korang ni mengada-mengada pulak.Lepas ni korang banyak menghabiskan masa pergi ke klinik untuk check up dan sebagainya. Jadi bagaimana ingin memberitahu bos korang. Supaya mereka faham dengan keadaan korang lepas ini.

 

1) Rancangan korang.

Korang dah merancang segala garis masa dan kerja-kerja korang sebelum cuti. Adakah kerja korang akan berubah dan sebagainya. Jadi bersedia setiap jawapan yang ditanya oleh bos atau manager. Tidak kira jawapan, tunjukkan sikap yang korang masih melakukan kerja sepertia biasa dan masih minat melakukan kerja. Soalan ini selalu diberi pertimbangan sebelum korang cuti bersalin :

  • Adakah korang akan melalukan kerja seperti biasa sepanjang kehamilan korang. Objektifnya ada lah seperti jika mempunyai kerja diluar. Korang tidak dapat meneruskan. Takpun tidak mampu berdiri lama dan kerja yang berat.
  • Berapa lamakah tempoh korang mula bercuti? Sebelum cuti yakinkan bos korang boleh siapkan kerja yang penting dahulu. 
  • Adakah korang jelah polisi sesuatu syarikat itu untuk mengambil cuti bersalin? Korang perlu mendapatkan rundingan daripada HR atau orang atasan. Cuti apakah yang patut korang ambil atau gunakan cuti bergaji. Boleh juga membuat rujukan undang-undang.

 

 

2) Macam mana korang mengawal masa?

Contoh situasi korang mengalami morning sickness dan tidak dapat pergi kerja. Dapatkan doktor yang dipercayai. Bagi tahu bos lebih awal lebih baik. Jadi nanti takde lah bos korang tuduh korang bukan-bukan kalau tiba-tiba tak datang juga. Siapa tahu kalau korang mengalami keguguran. Tiada siapa tahu tiba-tiba sahaja. Sekurangnya beritahu lebih awal. Dapat lah co-workers lain dapat jaga keselamatan korang.

Yang penting dengar dari mulut korang sendiri dan bukan dari BFF korang, media sosial atau bos korang perasan perut tu dah membonjol. 

 

3) Ayat apa yang patut korang cakap.

Kena terapkan setiap perkataan itu, jangkaan masa bersalin, mungkin korang akan bersalin sebelum masa yang ditetapkan. Keduanya selalulah memberitahu bos tentang keaadaan semasa. Dan akhir sekali korang tidak sabar untuk kembali bekerja nanti.

"Saya teruja untuk mengumumkan yang saya hamil. Ia memang tidak dapat dijangka. Sebelum cuti saya akan menyiapkan task yang penting dan meninggalkan nota penting, Semasa bersalin saya akan kerap update kepada korang dan akhir sekali saya akan kembali selepas tamat tempoh cuti dengan gembiranya"

Mestilah korang tak nak baca skirp bukan. Kebiasaanya bos dan co-workers lain akan menucapkan tahniah dan teruja. Mereka juga tumpang gembira dengan berita korang. Jadi jangan bimbang apa yang akan berlaku, dan mungkin bos korang akan faham yang korang tak boleh kerja macam biasa lepas ni.

Korang akan menjadi ibu lepas ni. Mungkin banyak benda akan berubah. Tetapi tidak akan mengubah kerjaya korang. Yang penting buktikan kepada bos korang masih gembira untuk melakukan kerja seperti biasa. Kami faham mungkin agak sukar. Jadi kurangkan stress di tempat kerja dan dapatkan rehat secukupnya. Paling penting ialah persediaan awal korang. Bagaimana rancangan korang dan harap akan berjalan lancar semuanya.