Saksikan Perkongsian Info Kerjaya Dari Panel Professional Di EKSPO MAUKERJA 2.0! - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Saksikan Perkongsian Info Kerjaya Dari Panel Professional Di EKSPO MAUKERJA 2.0! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 8, 2016
pada 5:07 AM

Sudah banyak kali Maukerja war-warkan mengenai aktiviti menarik yang bakal berlangung sewaktu EKSPO MAUKERJA 2.0 nanti, betul tak? Asyik dengar pasal career talk je tapi tak tahu pun siapa panel yang bakal hadir. Disebabkan sudah lama Maukerja simpan rahsia ni, rasanya dah tiba masa untuk team kami kongsikan pada anda semua panel-panel speaker yang bakal menggegarkan Cornerstone Wisma Dredging Selangor, KLCC dengan perkongsian mereka yang hebat!  

Yang pastinya kesemua speaker yang Maukerja jemput adalah terdiri dari mereka yang professional dan ternama dan pakar dalam bidang masing-masing. Memang menguntungkan anda semua untuk hadir ekspo ini kerana career talk yang berlangsung sepanjang 17 Disember ini adalah percuma! Berikut adalah panel-panel speaker yang bakal menggegarkan EKSPO MAUKERJA 2.0:

 

 

 

1. Pakar Interview

Perkenalkan Pakar Interview, sebuah kumpulan yang passionate dalam membantu graduan muda di zaman ini dalam mendapatkan kerja yang membawa pulangan gaji yang lumayan. Pakar Interview ini dikelolakan oleh 2 individu yang berpengalaman besar iaitu Encik Izzkhairy Ismail serta Encik Ameerul Affandy Aly. Pakar Interview ini amat popular di kalangan pengguna Facebook dalam memberi coaching, melatih one to one utuk dapatkan kerja. 

Anda boleh mengikuti career talk oleh Encik Izzkhairy Ismail dengan topik "Soalan Temuduga yang Tipikal dan Jawapannya" serta "Kerjaya Apakah yang Terbaik Buat Anda?". Malah, Encik  Ameerul Affandy Aly juga akan turut turun padang dan berkongsi info kerjaya sebanyak dua sesi dengan topik "Apa yang Perlu Anda Jangkakan Sewaktu Tempoh Awal Bekerja" dan juga "Strategi/Progress yang Anda Perlu Lakukan Berrmula Dari Bawah." Untuk lebih mengenali jejaka-jejaka kacak ini, boleh lah ikuti mereka di Facebook rasmi Pakar Interview okay!


2. eRezeki

eRezeki adalah satu inisiatif yang bermatlamat untuk membantu mereka dengan purata gaji yang rendah untuk meningkatkan taraf kehidupan. eRezeki akan membantu dengan membantu mereka memperoleh peluang-peluang yang boleh didapati melalui digital. Kesemua peserta akan dilatih sehingga layak untuk sebarang tugas atau kerja yang diberikan. Peserta eRezeki akan memperoleh pendapatan selesai sahaja menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Team eRezeki akan melakukan "sharing session" sewaktu EKSPO MAUKERJA 2.0 nanti melalui sesi "Jana Pendapatan Dengan Bekerja Secara Online". Kepada fresh graduate atau sesiapa sahaja yang mahu mempelajari bagaimana untuk menambah income bulanan, boleh la dapatkan kesemua maklumat penting sewaktu ekspo nanti. Jangan ketinggalan! Atau juga untuk kenali lebih mendalam lagi mengenai mereka sebelum hadir sharing session ini, boleh terus klik pada website rasmi mereka. Ini memang satu inisiatif yang berkesan.


3. Puan Salwa

Puan Salwa adalah seorang image consultant yang sering kali melakukan seminar yang fokus pada imej dan personaliti diri. Puan Salwa sudah kerap mengadakan seminar sebagai contohnya, transformasi etiket dan penampilan dalam imej professional, penampilan imej muslimah, pemantapan imej, protokol dan etiket sosial serta banyak lagi yang berkaitan dengan imej, etika, komunikasi, professionalism, serta branding. 

Puan Salwa akan berkongsi info-info yang penting buat graduan muda ini sewaktu ekspo nanti. Beliau akan membincangkan mengenai "Etika Berpakaian Semasa Sesi Temuduga." Ianya amat lah penting buat mereka yang bakal melalui sesi temuduga. Dapatkan kesemua maklumat penting ini secara percuma sewaktu EKSPO MAUKERJA 2.0 nanti. 

Dikenali dengan website rasmi Raihan.Awaken, iaitu rakan seperjuangan yang juga seorang image consultant professional, mereka berdua telah banyak melakukan seminar dan menerima testimoni positiv yang sungguh banyak.Boleh juga ikuti mereka di website rasmi Raihan Awaken.


Berikut adalah kesemua 4 speaker yang bakal menggoncangkan Cornerstone Wisma Dredging Selangor, KLCC dengan perkongsian mereka yang hebat! Jangan ketinggalan untuk mengikuti perkongsian mereka yang menakjubkan ini. Anda datang ke EKSPO MAUKERJA 2.0 ini, anda bakal dapat kerja baru, pengalaman interview, serta info menarik mengenai kerjaya. Memang cukup berbaloi.