Kalau Nak Gaji Lebih Kena Lah Minta, Betul Tak? Gunakan Teknik Berkesan Ini - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Kalau Nak Gaji Lebih Kena Lah Minta, Betul Tak? Gunakan Teknik Berkesan Ini - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 12, 2016
pada 5:43 AM

Orang kata kalau tak minta sesuatu mana nak dapat kan? Hehehe.. Jadi ayat ni memang kena sangat lah untuk situasi kita-kita ni. Kita-kita tu pekerja lah yang makan gaji setiap bulan. 2016 dah nak sampai penghujung, jadi bagi sudah genap setahun lah korang bekerja kan? Hujung tahun ni tak nak ke fikirkan mengenai kenaikkan gaji? Bila difikir-fikir balik, rasa macam dengan semua usaha, kerja yang dilakukan sepanjang tahun ini macam layak je diri untuk minta kenaikkan gaji, betul tak?

Topik gaji ni memang sedikit segan lah kalau nak diajukan pada bos. Rasa macam tak selesa pula nak berbincang hal ini, sebab takut nanti kalau salah tempat dan masa, bos akan ingat yang korang ni asyik fikir duit je, kerjanya tak jalan pun. Okay, jadi disebabkan itu, dikongsikan beberapa cara untuk nak elakkan rasa janggal apabila ajukan soalan mengenai pada bos "alang-alag nak masuk tahun baru, gaji saya tak naik ke bos?": 

1. Berlatih dahulu dialog sampai lancar

Nak berbincang mengenai soal gaji ni sama lah juga caranya sewaktu korang minta kerja awal-awal masa dahulu. Ingat tak betapa lancarnya korang berbincang sampai dapat kerja sekarang ni? Soalnya di sini adalah taktik korang tu. Nak bagi lancar, perlu lah berlatih berulang-kali sampai korang lancar. Berlatih dialog apa yang mahu diperkatakan pada bos nanti mengenai gaji, fikirkan angka yang ada dalam kepala dan cuba negotiate sampai dapat.

 

2. Apa lagi, research lah berapa yang korang patut dapat

Tak ada guna juga kalau korang berlatih dialog sepanjang hari kalau tak buat langkah ini dahulu. Penting tau untuk tahu "nilai"korang dekat pasaran terkini ni. Cuba korang buka laptop dan Google berapa nilai gaji yang korang patut dapat dalam market sekarang. Banding kan semula dengan gaji korang dapat sekarang ni, adakah ianya terlampau besar jurangnya atau memang dalam average tu? 

Bila dah tahu, baru lah korang boleh letakkan jumlah yang masuk dek akal. Jangan membuta tuli beri angka yang melambung tinggi. Memang sukar lah untuk bos nak penuhi permintaan korang. Gaji yang diminta mengalahkan gaji bos sendiri je. Hehehe

 

3. Kenali dahulu kekuatan dan kelemahan diri

Jangan biarkan soalan mengenai gaji yang diajukan itu buatkan korang jadi lemah. Kalau majikan tanya "berapa yang awak mahukan", tetapkan pendirian dan letakkan range gaji yang korang mahukan itu sebagai paling bawah. Jangan terus cakap, itu je jumlah gaji yang korang mahupan sebab sebagai contoh, katakan korang mahu RM4,000 katakan sebegini "RM4,000-RM5,000". 

Jadi kalau korang kena tolak pun, paling rendah yang akan ditawarkan adalah RM4,000 kan? Jadi bukan ke korang dah menang dalam situasi ni? Haa, ini lah taktik yang perlu korang dalami.

 

4. Ada manfaat lain yang ditawarkan?

Kenaikkan gaji bukan segalanya di sini, penting untuk korang ketahui yang rundingan ini lebih daripada sekadar gaji sahaja. Segala benda boleh korang rundingkan sebagai contoh manfaat tambahan sebagai pekerja. Kalau office korang tu parking mahal dan sukar nak dapatkan parking, mungkin boleh negotiate peruntukan bayaran parking bulanan sepanjang korang bekerja, ini pun satu manfaat tau. Atau juga boleh minta tambahan cuti dan bermacam lagi yang boleh korang mintakan. 

Jadi korang perlu fikirkan dahulu Plan B jika Plan A korang untuk meminta kenaikkan gaji itu ditolak oleh bos. Sekurangnya korang dapat juga sesuatu kan selepas berunding dengan bos?

 

5. Jangan ikutkan sangat emosi diri

Akan ada hari yang mana korang akan terlebih emosi sikit, betul tak? Kalau bos tolak mentah-mentah permohonan korang untuk kenaikkan gaji, terus je naik angin dan ungkin balik semua kerja dan usaha yang koranag lakukan selama ini. "Bos projek mega yang bos bagi saya dahulu tu saya siapkan sorang-sorang tau. Saya lah yang dapatkan tender blablabla." Kalau korang berperangai sebegini lagi lah bos korang tak ada hati nak beri.

Tinggalkan emosi diri yang cepat marah ataupun suka menangis tu di pintu office. Korang masuk je ke dalam bilik bos, hanya perlu bawa 2 perkara ini iaitu pengetahuan serta maruah diri. Okay?