5 Tabiat Ini Terbukti Mampu Membahagiakan Diri Korang - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

5 Tabiat Ini Terbukti Mampu Membahagiakan Diri Korang - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 12, 2016
pada 8:46 AM

Celik je mata setiap pagi, buat rutin yang sama, hidup korang kadang tu rasa bosan kan? Sampai satu tahap, tertanya-tanya kenapa korang tetap rasa kosong. Kerja memang tak pernah ponteng, semuanya lengkap dibuat. Gaji semuanya okay, apa lagi yang tak cukup atau yang tak buat? 5 tabiat ni perlu korang renungkan untuk cetuskan kelainan dalam hidup :

1. Nikmati setiap detik 

Nak tahu kenapa selalu tengok movie mat salleh, diorang gemar sangat bau bunga ros atau segala jenis bunga yang ada di sekitar taman, laman jiran sebelah, kedai bunga atau mana-mana pun? Ia merupakan satu simbol untuk menghargai setiap detik dalam kehidupan kita semua. Tak semestinya setiap detik dalam hidup korang tu perlu sentiasa positif. Baik mahupun buruk mana pun keadaan, korang akan menyedari setiap perkara yang berlaku di sekeliling apbila korang nikmati detik-detik kecil dalam hidup.

2. Memiliki minda yang berkembang

Kebanyakan orang yang terbahagia & berjaya ni memiliki minda yang berkembang (growth mindset) berbanding dengan pemikiran yang tetap (fixed mindset). Dengan pemikiran yang tetap ni, seseorang itu lebih cenderung untuk tampak bijak di permukaan luaran setiap masa, cepat putus asa, elak dari cabaran & banyak lagi. Berlainan pula dengan minda yang berkembang ni, yang sentiasa dahagakan perkara & pembelajaran baharu. Biarpun korang tampak tak cerdik di mata luaran, namun korang lebih cenderung untuk lebih bahagia & berjaya dalam kehidupan. Berjaya bukanlah bermakna korang dah jadi jutawan, popular, miliki empayar besar namun korang berjaya dalam banyak aspek. 

3. Tak ralat menunggu 

Tak salah nak pasang cita-cita yang besar & tinggi langit, tapi korang perlu ingat bahawa kejayaan memerlukan kesabaran. Manusia yang bahagia ni tak keberatan untuk menunggu ganjaran yang mereka kejarkan kerana sebaliknya lebih fokus pada perjalanan & sejauh mana telah dicapai.  Mereka memahami bahawa perkara yang terbaik dalam kehidupan akan datang dengan kesabaran.  

4.  Pengalaman @ Kebendaan ?

Beli kereta mewah memang best perasaannya bila korang berkemampuan untuk memilikinya. Tapi nilainya akan berkurangan lama-kelamaan. Pengalaman pengembaraan ke negara lain merupakan nilai yang tidak ternilai yang akan terpahat di minda & sejarah hidup korang buat selamanya. Pengalaman berharga ni akan meningkat dari masa ke semasa apabila dikenang. Pengalaman merupakan salah satu sebab untuk lupakan hal-hal yang menyebabkan korang rasa tertekan. 

5. Menghadapi kesusahan 

Nak tahu apa lawan kemurungan? Daya ketahanan. Manusia yang bahagia tahu bagaimana nak tangani kegagalan. Daya ketahanan yang dimiliki tersebut adalah penghadang bagi kesusahan yang sukar dielakkan. Bak kata pepatah Jepun yang menyatakan : "Fall seven times and stand up eight"