Cegah Rasa Mengantuk Masa Kerja Dengan 4 Panduan Ini, Pasti Berkesan!
# Pengetahuan Pekerja

Cegah Rasa Mengantuk Masa Kerja Dengan 4 Panduan Ini, Pasti Berkesan!

post by Izuan

by Izuan

Dec 13, 2016
pada 5:09 AM

Kalau dah mengantuk tahap dewa, semua kerja tak jalan. Mana taknya, kalau dah asyik terlentuk dan hitung waktu nak balik sahaja macam mana kerja nak siap. Hilang fokus, idea, tenaga dan macam-macam lagi lah.

Mesti anda pernah lalui keadaan begini kan? Kadang-kadang bukan masalah tak cukup tidur sahaja, persekitaran tempat kerja yang suram juga boleh manjadi punca utama kenapa pekerja selalu mengantuk. Mungkin terlalu sejuk, gelap atau sunyi disitu, tak mustahil lah kalau tiba-tiba anda atau rakan sekerja lain 'tersembam' muka di hadapan skrin komputer.

Jadi, jika perkara ini terjadi pada anda, amalkanlah beberapa panduan ini, mesti segar nanti! Jangan lupa kongsikan kepada rakan sekerja lain sekali ya!

1. Take A Nap

Daripada anda melawan rasa ngantuk, sampai terkebil-kebil bahkan terlentok-lentok. Apa kata ambil masa beberapa ketika dan tidur sebentar, tapi 'tidur-tidur' ayam sahaja tau. Jangan pula tidur betul-betul sampai berdengkur satu pejabat! Manfaatkan masa sekurang-kurangnya 10-20 minit untuk 'mengecas' semula tenaga anda. Pasti anda akan rasa segar semula selepas itu.

2. Bergerak 

'Penat otak' yang  mungkin meransang badan anda rasa mengantuk, jadi kalau anda mula rasa letih bermakna anda sedang mengalami tekanan.Lakukan sedikit regangan otot dan berjalan di pejabat. Jauhkan diri daripada skrin komputer sebentar. Pergi ke tepi tingkap dan nikmati pemandangan luar untuk beberapa ketika. Lebih elok kalau anda membuat senaman ringan, kemudian minum air kosong.

3. Pilih Makanan Yang Betul

Makanan juga merupakan faktor utama anda mengantuk, hati-hati dengan pemilihan makanan. Nasi boleh membuatkan anda mengantuk! Makan terlalu banyak juga punca keletihan badan. Jadi, hati-hati terhadap pemilihan makanan, selain boleh menyebabkan rasa ngantuk, kesihatan pun boleh terjejas!

4. Ubat Gigi Pudina

Gosok gigi dengan menggunakan ubat gigi daun pudina, rasa sejuk tersebut akan mengakibatkan anda menjadi segar. Pudina merupakan perangsang semulajadi untuk jadi stay alert! Kalau mengantuk juga, sapu je ubat gigi tu di mata anda. Huhu!

Lain-lain cara biasa seperti coffee break, tukar kerja lain, dan berborak dengan rakan sekerja sebentar juga dapat membantu merehatkan minda anda. Tapi, persediaan untuk ke kerja juga anda perlu lakukan, dapatkan tidur yang secukupnya, tidur pada waktu yang betul akan lebih membantu malah dapat mencegah daripada rasa mengantuk di pejabat.