Cemburu Pekerja Baru Naik Pangkat? Cuba Pandang Dari 3 Sudut Ini Pada Diri!- Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Cemburu Pekerja Baru Naik Pangkat? Cuba Pandang Dari 3 Sudut Ini Pada Diri!- Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 13, 2016
pada 5:35 AM

Siapa yang tak sakit hati bila orang yang lagi muda dan mentah dalam alam pekerjaan ni ditawarkan kenaikkan pangkat mengalahkan pekerja-pekerja senior lain. Tipu lah kalau tak pernah terdetik dalam hati perasaan iri hati kan? Bayangkan lah budak fresh graduate yang baru je bertatih dalam sesebuah organisasi dalam tempoh yang singkat je terus dapat kenaikkan pangkat mahupun kenaikkan gaji.

Pekerja senior yang otai sudah lama bekerja pun ambil masa untuk dapatkan kepercayaan majikan. Nak dapat kenaikkan gaji pun ambil masa, macam mana lah pekerja-pekerja baru ni senang je dapat? Lagi menusuk hati apabila, korang yang merekruit pekerja tersebut dan latih dia dari bawah sehingga lah dia berjaya sekarang. Korang hanyalah diberikan kredit sahaja tetapi dia pula yang dapat segala manfaatnya. Hmmm..

 

 

Mungkin ada yang tidak pernah merasai situasi sebegini, tetapi siapa tahu mungkin ianya akan berlaku suatu hari nanti kan? Apa yang korang bakal lakukan kalau perkara sebegini terjadi? Korang nak meroyan dan mengamuk dekat bos ke atau biarkan je lah, mungkin itu rezeki dia? Fikirkan ya, kalau korang mengadu dan merungut pada majikan, ianya berbaloi ke? Nak tahu berbaloi ke tak cuba lihat dahulu nasihat dibawah:

 

1. Korang sudah bekerja lama dan masih tiada progress?

Dah bertahun juga kerja di organisasi tersebut dan tidak ada dengar sebarang khabar pun bos nak naikkan pangkat, kenapa ye? Bukannya korang tak buat kerja, malah berdedikasi tinggi pula tu. Semua staff yang sama-sama bekerja dengan korang pun ada yang sudah merasa kenaikkan pangkat. Ini kan pula, pekerja baru yang tidak sampai setahun pengalaman diberi kenaikkan pangkat.  

Okay ini memang ada sesuatu yang tidak kena. Cuba korang lihat kembali pada diri, adakah korang bekerja dengan penuh berdedikasi? Korang bersemangat ke dalam melakukan kerja ataupun sekadar buat ala kadar je? Korang ada masalah etika di tempat kerja ke? Kalau ada masalah diri ada patutnya korang perbaiki diri mana yang kurangnya dan pergi lah berbincang dengan bos bagaimana untuk perbaiki masalah yang berlaku.

 

2.  "Pengalaman dia cetek tapi dapat naik pangkat? Tak adil!"

Suatu hari bos korang perkenalkan pada keseluruh company yang staff baru itu bakal dinaikkan pangkat. Saat bos korang maklumkan sewaktu meeting tu, memang korang terkejut dan terus rasa nak mengamuk je sebab pangkat dia lagi tinggi kot. Macam mana dia dengan senangnya dapatkan kepercayaan majikan? Jawatan itu memang sesuatu yang korang impikan selama ini.

Cuba korang lihat kembali etika kerja dia, mungkin dia menunjukkan satu progress yang sungguh menakjubkan dalam tempoh yang singkat? Mungkin dia dapat "kaut" kesemua ilmu-ilmu penting dan skill yang diajar dengan begitu senang sekali. Senang kata sikap kerja dia memang terbaik lah! Untuk hal sebegini, mungkin pada pandangan majikan dia adalah satu aset yang bernilai terhadap syarikat. Susah nak cari orang sebegini, betul tak? Apa-apa pun untuk penjelasan lebih terperinci korang boleh tanyakan pada bos terus.

 

 3. Jangan cemburui rezeki orang lain

Semua orang ada rezeki masing-masing, dan tidak semuanya ditakdirkan untuk dapat rezeki yang sama taraf dengan orang lain. Mungkin rezeki dia pada pangkat lebih tinggi disebabkan dia memang layak dan mungkin juga rezeki korang pada gaji yang cukup untuk menampung perbelanjaan semua malah rasa mewah lagi. Masing-masing ada rezeki tersendiri.

Lagi korang suka cemburui hidup orang lain, lagi senang untuk korang nak lakukan perbandingan hidup. Dan apabila ini berlaku, percayalah sampai bila-bila korang tidak akan dapat rasa selesa dan bahagia dalam bidup. Belajar untuk perbaiki diri, dan siapa tahu mungkin majikan sudah ada merancang untuk menaikkan gaji korang ke, beri manfaat lebih ke, kan? Senang cerita jangan cepat jump to conclusion.