Walaupun Gaji Besar Tapi Masih Tak Cukup? 4 Punca Ini Mungkin Penyebabnya - Maukerja.my
# Gaya Hidup

Walaupun Gaji Besar Tapi Masih Tak Cukup? 4 Punca Ini Mungkin Penyebabnya - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 13, 2016
pada 8:16 AM

Walaupun korang gaji besar mana pun, bisnes dan sebagainya. Tak mustahil kalau hujung bulan boleh habis dan tiada simpanan langsung. Buat bisnes tapi dia keuntungan. Apakah puncanya? Adakah disebabkan korang memang gagal bab-bab berjimat. Atau memang barang keperluan mahal? Ada yang mengadu untuk dinaikkan gaji. Tapi adakah berbaloi dengan kualiti kerja? Kalau korang memang seorang yang boros, walaupun kaya-raya boleh jatuh muflis. Tak mustahil kan?

Kami faham mungkin ada yang sudah mula berjimat cermat tapi masih gagal. Yelah mana nak cukup dengan rumah, keluarga, keperluan dan belum lagi dicampur dengan kemahuan. Dah cuba tapi masih gagal? Mungkin ini puncanya! Mari kita lihat :

 

1) Hilang jejak kemana duit dibelanja.

Baru sahaja withdraw duit, tiba-tiba sahaja akaun makin kosong. Mana perginya? Lagi-lagi bila 50 ringgit tu dibuat pecahan. Dalam sekelip mata sahaja sudah habis. Jika dilihat dari sudut belanjawan, sepatutnya korang kena peruntukkan wang korang setiap minggu atau setiap bulan. Kalau boleh buat 1 hari lagi bagus. Jika korang baru bermula untuk berjimat, cuba untuk jejaki kemana korang belanjakan duit sebelum ini. Dan cuba cari dimana belanja yang terlebih dan cuba kurangkan  setiap bulan.

 

2) Belanja ikut emosi.

Stress sikit buat kerja, turun bawah office dan beli starbuck. Sedar tak sedar setiap minggu stress, setiap kali itulah belanja makan dan minuman yang melampaui batas. Jualan secara online juga menjadi faktor kerana setiap kali ada jualan murah ditalian, memandangkan caranya mudah untuk membeli hanya perlu duduk dan purchase. Lagi lajulah korang berbelanja. Jika stress, mengapa tidak korang lakukan aktiviti yang produktif. Jika tidak pun duduk di depan komputer dan layari video-video dan mencari sedikit hiburan. Sesetangah orang suka merokok bila stress. Itu juga boleh jadi satu punca.

 

3) Hanya bergantung kepada satu income.

Zaman sekarang kan sudah mudah. Korang boleh buat bisnes di atas talian. Mudah kan? Mengapa tidak melabur sedikit dan membuka pernigaan kecil. Facebook dan instagram adalah satu platform yang berguna untuk mempromosikan pada masa kini. Jika tidak sempat, waktu hujung minggu pun boleh. Dapat lah cover duit makan dan minyak kereta korang. Jika diikutkan bisnes ini jika mempunyai strategi dan bijak menguruskan. Keuntungan nya sangat berbaloi. Apa kata korang cuba. 

 

4) Tidak menyabar.

Contohnya ada keluaran telefon bimbit baru, boleh dikatakan korang ni suka mengikut trend mestilah tak nak ketinggalan zaman kan. Masuk sahaja gaji terus beli. Lepastu hujung bulan sempit. Betul tak? Padahal korang boleh je kumpul sedikit-sedikit setiap bulan, dah cukup barulah beri. Sepatutnya korang kena dahulukan keperluan, barulah kemahuan. Ni tidak, tunggu sisa-sisa hari mendapat gaji masa tulah korang setiap hari tulah korang ikat perut. Mengapa perlu begitu? Cuba sabar sedikit dan jangan susahkan diri sendiri. Tidak perlu rasanya jika niat hanya mahu menunjuk. Tetapi hakikatnya memang tidak mampu. 

 

 

Memang pada zaman ini ialah persaingan tidak kira lah dari segi bisnes, kerja, pelajaran dan kehidupan. Jika malas memang hasilnya kosong. Lagi-lagi pelajar dan graduan muda. Duit pinjaman belajar adalah untuk pembelajaran. Bukan untuk memboros beli barang yang bukan keperluan. Pakai lah apa sahaja yang ada dan bersyukur korang masih boleh memenuhi keperluan.