Bijak Adalah Subjektif, Adakah Korang Tergolong Dalam 4 Kategori 'Celik' Ini? - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Bijak Adalah Subjektif, Adakah Korang Tergolong Dalam 4 Kategori 'Celik' Ini? - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 13, 2016
pada 8:30 AM

Bijak. Genius. Kita rata-rata dididik untuk contohi manusia yang genius ni. Memang bagus kita jadikan sebagai idola, namun apa yang kadangkala kita terlepas pandang bahawa golongan Genius ini hanya lah tertakluk pada satu jenis saja. Yang paling common korang akan dengar, pelajaran. Korang perlu tahu bahawa pandai ini subjektif sama seperti cantik. Kita semua unik dengan cara yang tersendiri, kadangkala ianya tak dapat dilihat dengan mata kasar. Inilah jenis-jenis kepandaian yang perlu korang ketahui : 

1. Muzik

Ada juga sesetengah daripada korang, mahir dalam compose & menilai bunyi, pitch, nada & rentak sesuatu muzik. Mungkin pada korang, muzik yang sentiasa didengari di smart fon hari-hari tu hanya sekadar hiburan & rentak yang best. Namun, bagi seseorang yang mahir dalam penilaian muzik ini menganggapnya sebagai suatu yang berlainan. 

2. Naturalist

Pernah perasan tak kadangkala ada orang bercakap dengan tumbuh-tumbuhan, binatang & lain-lain? Diorang ni bukan gila tau, namun sebaliknya berkeupayaan untuk memahami benda yang hidup & alam semulajadi.  

3. Interpersonal

Kebijaksanaan dari segi interpersonal pula, seseorang itu mampu mengesan perasaan & motif orang lain. Tak semua orang ada keupayaan seperti ini, ianya bukanlah sesuatu yang boleh korang pelajari & menguasainya begitu saja. 

4. Logical Mathematical

Yang pandai buat pengiraan pula, memang bijak & talented bukan sahaja bab mengira tapi mencetuskan hipotesis, membuktikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Genius seperti ini, di satu ketika dahulu ramai antara kita semua berkejar untuk menjadi contoh.