Dapatkan Kopi Percuma Setiap Hari Sebagai Intern Barista Dengan Bayaran RM10 Sejam - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Dapatkan Kopi Percuma Setiap Hari Sebagai Intern Barista Dengan Bayaran RM10 Sejam - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 13, 2016
pada 8:32 AM

Gemar tak dengan bauan kopi yang menyegarkan? Mahu minum kopi secara percuma setiap hari? Ada satu kerja ini memang akan berikan semua yang korang mahukan. 3 dalam 1 semuanya ada! Caffeine Cafe Sdn Bhd kini membuka kekosongan untuk melakukan Internship sebagai Barista dengan bayaran sehingga RM10 sejam.  Korang bakal dapat kopi secara percuma, kerja pula tu, dan gaji sehingga RM10 sejam tau. Untung betul!

 

 

 

Keperluan

  • Bersemangat waja dalam pembuatan kopi
  • Mahu belajar kemahiran dan pengetahuan baru
  • Mempunyai sikap yang positif
  • Mampu untuk bekerja buat tempoh yang lama/sehingga lewat malam
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris

 

Tanggungjawab

  • Berikan khidmat pelanggan yang memuaskan
  • Menjual makanan dan minuman
  • Brew kopi yang sedap
  • Menyediakan makanan dan minuman
  • Bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan kafe.

 

Manfaat tambahan

  • Percuma pembelajaran mengenai khidmat pelanggan serta kopi
  • Latihan kemahiran diberikan secara percuma
  • Kopi percuma sepanjang bekerja!

 

Lokasi Pekerjaan

Lokasi kerja sebagai Intern Barista ini a dalah di Setiawalk, Puchong Selangor.  Bagi warga-warga Puchong yang berdekatan boleh lah anda semua cuba mohon jawatan ini. Rugi lah kalau tak ambil sebab bayaran dia sehingga RM10 sejam tau. Jom ramai-ramai kita mohon kerja ini dan dapatkan kopi free flow!