Ada Ke Kerja Yang Hanya Perlu Membeli Barang Dan Dibayar? Jadi Mystery Shopper Lah! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Ada Ke Kerja Yang Hanya Perlu Membeli Barang Dan Dibayar? Jadi Mystery Shopper Lah! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 13, 2016
pada 9:52 AM

Tahu tak yang Cardas Research and Consulting Sdn Bhd ada tawarkan peluang kerja yang amat lah diminati ramai, iaitu sebagai Mystery Shopper. Nak tahu tak apa yang menariknya kerja ini? Anda hanya perlu membeli barang sewaktu business trip atau ke mana sahaja. Bak kata orang, "sambil menyelam minum air lah". Bayarannya adalah dari RM30 hingga RM55 sebulan tau. Menarik betul!

 

Keperluan

  • Kerja Part Time sebagai Mystery Shopper
  • Seorang yang matang dan boleh membawa diri dengan baik sekali
  • Individu yang bertanggungjawab berumur 20 tahun hungga 50
  • Boleh menulis dan bertutur samada Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris
  • Minima berkelulusan SPM/Diploma/Degree

 

Tanggungjawab

  • Sebagai Mystery Shopper, anda perlu membeli barang sewaktu trip bisnes
  • Menulis report mengenai pengalaman mereka membeli-belah

 

Lokasi Pekerjaan

(A) Kuala Lumpur

(B) Singapore

 

Kerja sebagai Mystery Shopper ini amat lah menarik kerana anda akan berkesempatan untuk melancong ke luar negara dan membeli-belah dalam masa yang sama. Memang satu peluang pekerjaan yang sangat best untuk anda semua. Dapat merasai peluang melancong pula tu ditambah lagi dengan pengalaman membeli-belah. Seronok betul!