Ini 4 Tips Yang 'Cool' Untuk Tingkatkan Penglibatan Coworkers Di Tempat Kerja - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ini 4 Tips Yang 'Cool' Untuk Tingkatkan Penglibatan Coworkers Di Tempat Kerja - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 14, 2016
pada 3:52 AM

Susah kan kalau pekerja tak aktif & kurang penglibatan di tempat kerja. Sekadar datang kerja, dah habis kerja terus balik. Nak kata anti-sosial takkan lah semua orang begitu kan. Nak dibandingkan dengan ikatan pekerja di syarikat lain, okay je takda lah terasa macam bekerja dengan orang asing. Agak-agak apa yang kurang ya? Hal majikan ataupun memang pekerja yang sememangnya tidak mahu melibatkan diri bercampur dengan Coworkers yang lain. Mungkin 4 perkara ni majikan korang terlepas pandang :

1. Pengamalan waktu 80/20 Google

Untuk pengetahuan korang sewaktu penubuhan awal Google seketika dahulu, pekerja mereka habiskan 80% waktu bagi menjalankan tanggungjawab & tugasan berkaitan dengan syarikat. Baki 20% waktu dibenarkan untuk fokus pada perkara lain yang digemari, seperti hobi-hobi lain, mahupun fokus pada kemahiran lain. 

Kajian dari Amerika Syarikat mendapati bahawa pekerja menunjukkan prestasi yang baik terhadap kerja kerana mendapat kelonggaran seperti ini. Tak susah pun kan? Mungkin boleh mula sikit demi sedikit untuk lihat kemajuan. 

2.  Rekabentuk pejabat yang positif & 'friendly'

Setakat reka bentuk, warna, ruangan syarikat apalah sangat kan? Benda kecil je pun, tapi cuba korang bayangkan semua elemen inilah yang mampu menentukan mood & semangat bila nak bekerja. Ruangan terbuka di tempat kerja bukanlah satu pembaziran kerana ianya amat berguna kepada semua pekerja untuk breakfree daripada kerja. Atau mungkin mahukan idea baru bagi tugasan yang diberi oleh Boss. Jikalau tiada ruang langsung untuk peruntukan ruang sebegini, wujudkan papan kenyataan kegunaan semua orang di tempat kerja untuk ekspres kan pendapat mahupun pandangan antara satu sama lain. Seronok kan begini? 

3. Pengambilan pekerja mengikut kesesuaian budaya syarikat

 

Perkara yang lagi favorite bagi semua pekerja di dunia ni mestilah Colleagues. Daripada ambil risiko merosakkan moral dengan mengupah calon pekerja yang salah, lebih baik pertimbangkan bagaimana calon tersebut bakal menyesuaikan diri dengan budaya di tempat kerja korang. Melalui keputusan sebegini, ianya secara tidak langsung dapat tingkatkan penglibatan semua pekerja terhadap penerimaan pekerja baru tersebut.

4. Kerja se-fleksibel habis

Kadangkala bila ada hal emergency yang perlu korang selesaikan pada waktu bekerja mesti stress kan? Kalau jenis dapat majikan yang tak berapa nak fleksibel, korang terpaksa ambil cuti tak berbayar semata-mata nak selesaikan hal tersebut. Rasa rugi kan? Dengan kewujudan Internet & telefon mudah alih zaman ini, ianya memudahkan pekerja untuk menyiapkan tugasan dari rumah & pada masa yang masa boleh selesaikan hal yang penting di rumah. Sesetengah syarikat kini telah mula mengamalkan kerja yang fleksibel. Jikalau pekerja diberi kelonggaran fleksibel begini, tak menjadi masalah kerana tugasan boleh dijadualkan awal.