6 Cara Mudah Untuk Tamatkan Tahun 2016 Korang Dengan Bergayanya! - Maukerja.my
# Gaya Hidup

6 Cara Mudah Untuk Tamatkan Tahun 2016 Korang Dengan Bergayanya! - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 18, 2016
pada 2:25 AM

Nampaknya 2016 dah sampai ke penhujungnya. Jadi korang macam mana? Dah tercapai belum azam 2016 tu? Kalau belum bila nak tercapainya, Ke bawak tahun depan? Hehe! Mungkin di awal tahun nasib korang tidak berapa baik, kehilangan kerja, kesempitan ekonomi, dan ada juga yang mula stabil bila sampai ke penghujung tahun ini. Semua di atas usaha korang bagaimana membawa kerjaya ke jalan yang betul pada tahun ini.

Tidak semestinya awal tahun kena set goals baru. Setiap masa korang boleh tetapkan pendirian apa yang korang nak capai. Walaupun tak 100 peratus tercapai, sekurang-kurangnya dah ada progress tu kira okey lah. Jadi memandangkan korang berjaya merealisasikan impian korang pada tahun 2016 ini, mestilah kena akhirinya dengan bergayanya kan? 

 

1) Buat review pasal goals korang tahun ini.

Ada orang malu nak buat review sebab mungkin takde progress. Jangan putus asa kerana korang masih ada masa lagi masa, walaupun orang lain tak nampak usaha korang, sekurang-kurang korang tahu dan asal dapat puaskan hati sendiri. Tapi kalau setiap tahun review yang sama " tahun ni tak boleh, kena mula tahun depan" dan 3 tahun ni lah ayat yang sama korang guna, memang tak kemana lah azam tu. Jadi kena ade review, kenalah ada tindakan juga. 

 

2) Cipta azam tahun depan yang baru.

Tahniah azam 2016 korang ni dah tercapai! Jadi apa seterusnya? Takkan azam 2017 nak rilek-rilek pulak kan. Azam tu boleh merangkumi pelbagai bentuk, sama ada kumpul harta, berubah sikap, tukar gaya hidup dan berbagai-bagai lagi. Setiap azam mestilah kena ada format macam mana nak capaikan. Sebagai contoh :

  • 5 perkara korang kena buat.
  • 3 perkara korang kena BERHENTI buat.
  • 3 sikap positif yang baru.
  • 2 orang yang dipercayai sebagai panduan.
  • 1 disiplin.

Contoh admin cadangankan je. Lain sudut korang boleh cipta sendiri. Jadi bermula bulan januari korang dah boleh mula dengan format ini. 

 

3) Bagilah rehat sebelum tahun baru bermula.

Akhir tahun kan banyak aktiviti yang korang lakukan, melancong, acara keluarga, perayaan dan sebagainya. Jadi sebelum minggu-minggu akhir datangnya tahun baru tu, korang kena lah mula dengan rehatkan fizikal dan mental korang. Caranya bagaimana? Perlulah makan makanan yang sihat, ambil vitamin (pagi dan malam), tidur yang cukup dan bersenam.  Jangan hanya cipta goals tetapi tidak mulakan, korang rasa serbasalah dengan diri sendiri, sebenarnya itu adalah perasaan putus asa. Baru awal tahun dah mula perasaan negatik, jadi pilih lah masa yang sesuai untuk "menyerang" azam baru korang tu.

 

4) Susun semua masa korang.

Jadi jimat masa itu adakah bagus untuk korang? Makdsudnya kurangkan masa dan tenaga, lebih banyakkan berehat yakni lakukan aktiviti yang mendatangkan faedah (bukan bermalasan). Terhadkan masa korang di siang hari dan waktu kerja. 

 

5) Kurangkan aktiviti sosial. 

Mesti akhir tahun sahaja banyak acara-acara, pesta dan berbagainya sempena menyambut kedatangan tahun baru. Boleh tetapi kurangkan yakni dengan aktiviti yang melampau, kerana bermula 1 januari sahaja korang dah mula bermalasan, bangun lewat dan sebaginya, sebabnya kerana bersuka ria yang berlebihan. Ia memberi impak yang negatif kerana korang akan fikir 'esok lah baru mula azam baru'. Betul tak? 

 

6) Memberi ganjaran kepada diri sendiri. 

Jadi memandangkan korang dah berjaya untuk 2016, apakata bagi hadiah untuk diri sendiri. Nak tunggu orang lain bagi memang susah lah kan. Hehe! Pergilah melancong tetapi rancanglah trip korang tu yang tidak membebankan, yang penting tidak terikat dengan kerja. Masa inilah korang nak rileks dan mencari apa yang perlu diperbetulkan. Jangan lupa objektif pertama korang punya trip tu.

Jadi macam mana, mudah kan? Benda mudah sahaja korang kena faham, akhirkan 2016 dengan persekitaran yang positif mesti bila mula 2017 tu pun positif juga. Macam korang juga. Hari-hari mesti berharap pagi-pagi takde orang kacau mood korang kan. Hehe! Yang penting letak memo mengenai korang punya azam tu dan letak dimana-mana, peti ais, tempat tidur, buku, handphone dan dinding bilik. Baca setiap kali rasa putus asa. Tetapi disiplin itu mestilah kena ada. Selamat berjaya untuk korang.