Dapatkan Sehingga RM120 Sehari Sebagai Caregiver Assistant Di Sekitar Lembah Klang - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Dapatkan Sehingga RM120 Sehari Sebagai Caregiver Assistant Di Sekitar Lembah Klang - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 18, 2016
pada 2:51 AM

Kalau para wanita selepas bersalin mesti lah perlukan penjagaan yang rapi betul tak? Saat ini mereka memerlukan seorang penjaga untuk menjaga makan minum serta menjaga bayi juga. Kalau anda memang berpengalaman atau gemar melakukan kerja sebegini, apa kata cuba mohon kerja kosong ini sebagai penjaga ibu selepas bersalin. Sehari boleh mencapai sehingga RM120 tau. Kalau ada suri rumah atau sesiapa yang berumur dari 30 hingga 60 tahun dah boleh travel sekitar Lembah Klang, boleh la cuba mohon kerja ni. 

 

Keperluan

  • Peluang bekerja sebagai penjaga ibu bersalin dengan atau tanpa pengalaman bekerja
  • Berumur 30 tahun sehingga 60 tahun
  • Mempunyai kenderaan sendiri

 

Tanggungjawab

  • Menjaga ibu yang baru bersalin serta bayi yang baru lahir. 
  • Menyediakan makanan untuk ibu-ibu bersalin dan melakukan kerja mengemas rumah yang ringan-ringan

 

 

Manfaat tambahan

  • Dapatkan pendapatan sehingga RM150 sehari

 

Lokasi Pekerjaan

Anda diperlukan untuk datang ke rumah ibu-ibu bersalin di sekitar Lembah Klang apabila diperlukan. Ianya memang satu peluang kerja buat mereka yang terutama sekali suri rumah yang ingin mencari kerja sambilan sambil menjana pendapatan. Satu tugas yang ringan dan tidak memerlukan kerja-kerja yang berat. Pakat beritahu pada jiran-jiran atau makcik yang berminat untuk menjadi penjaga ibu bersalin.