Idea 'Cool' Pemakaian Ke Temuduga Kerja Mengikut Bidang Yang Dimohon - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Idea 'Cool' Pemakaian Ke Temuduga Kerja Mengikut Bidang Yang Dimohon - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 18, 2016
pada 4:11 AM

Bukan main-main tau bila orang bagi nasihat yang pemakaian ini amat penting dalam menghadiri temuduga kerja. Sebab itu lah ada orang yang iron seluar slack dia sampai nampak line biar kemas. Siap gosok lagi blazer agar tidak ada habuk langsung pun. Rugi lah kalau resume dah gempak, cover letter pun dah tersedia tulis seminggu awal tapi pemakaian korang tak kemas dan menepati tempat. Memang sayang lah.

Pemakaian ke temuduga kerja ni bukan macam zaman dulu-dulu yanng semua orang kena pakai kemeja putih, blazer hitam dan kasut kulit siap polish bagi nampak berkilat. Zaman sekarang ni ada bermacam jenis bidang kerja dan masing-masing ada kod pemakaian tersendiri. Suit korang yang mahal-mahal beli tu dah boleh simpan dalam almari, dan gunakan pada masa yang sesuai sahaja kot. 

Katakan lah korang pergi temuduga kerja di syarikat yang kod pemakaian dia casual, nampak sangat tak kena dengan tempatnya kalau datang temuduga dengan pakai suit 3 pieces apa. Orang lain cool je pakai sneakers dan topi. Jadi ini ada beberapa tips cool cara pemakaian terbaik untuk hadir temuduga mengikut bidang yang dimohon:

 

1. Kerja dalam bidang kreatif

Kerja kreatif ini kebiasaanya adalah mereka yang mempunyai personaliti yang tersendiri dan unik. Cara mereka berfikir dan lihat sesuatu perkara ini lain daripada orang lain. Jadi apa kata korang tunjukkan personaliti diri dengan c ara yang menarik dan fun! Tapi mesti lah kena pastikan ianya kena dan tidak serabut ye. Tak perlu lah nak iron pantsuit tu, apa kata korang capai je baju yang simple dan padankan dengan seluar printed yang colourful bagi pop! sikit. 

Pemakaian sebegini menunjukka yang korang ni kreatif dan ada ternampak sisi tanggungjawab dalam melakukan kerja. Tambah sedikit aksesori visual dengan printed stuff ke, kasut yang cool dan unik serta juga cermin mata yang nampak geek dan menarik. 

 

2. Kerja dalam bidang korporat

Korang ni nak mohon kerja  korporat, mesti lah melibatkann company besar dan yang memang berkait rapat dengan bisnes. Jadi tidak ada salahnya untuk nak laburkan duit sedikit dalam menempah suit yang padan dengan ukur badan sendiri. Suit ni boleh digunakan berulang kali kerana sudah pasti korang akan memerlukannya sewaktu meeting ke, berjumpa client atau mana-mana event formal besar.

Tak semestinya korang perlu memakai serba hitam, biru tua, coklat, warna cream semuanya  nampak elegan kalau korang pandai kenakan gaya. Tapi pasatika  iannya warna konservatif sebagai contoh pakai biru tua dan dipadankan dengan waran coklat camel. Kalau korang tidak minat suit, boleh saja pakai pakaian yanng ada strukture seperti dress, peplum yang nampak professional. Pastikan juga kastu korang tu bertutup ye.

 

3. Kerja dalam bidang tech atau startup

Startup company ni biasanya mesti lah dipelopori oleh mereka yang muda-muda. Orang muda ni sudah tentulah jiwa mereka lebih muda, lebih energetik, dan pemakaian juga lebih kasual. Biasanya mereka hanya akan pakai sneakers atau canvas dengan jersey bola je. Sangat lah kasual, jadi jangan pula korang datang temuduga dengan 3-pieces suit nya. Terkejut semua orang nanti.

Tapi, haa.. ada tapi juga tau. Ini tidak bermakna yang korang boleh datang temuduga dengan pakai graphic tee Star Wars dengan selipar je. Korang kena level up sikit daripada orang lain tapi masih kasual. Korang boleh pakai sepatu tinggi, cropped pant, leather jacket dengan aksesori yang garang dan statement yang bold. Ianya akan membuatkan korang lebih menyerlah dari orang lain.

 

Bila korang pakai pakaian yang best-best dan cantik, ianya akan menaikkan kadar keyakinan diri tau. Dan keyakinan ini lah kunci untuk menghadiri temuduga. nampak tak pentingnya pemakaian ni dalam memikat penemuduga? Bukannya suruh menggoda penemuduga tetapi cuma "indahkan" mata diorang dengan kehadiran korang je di bilik temuduga tu. 

Perkara penting yang korang perlu lakukan adalah cuba dahulu pakaian itu sebelum mengahdiri temuduga. Lihat pada cermin adakah korang rasa confident dan tidak kekok? Selesa tak pakaian tu? Jangan paksa diri pakai sesuatu yang korang tak selesa. Kalau baru 2-3 langkah pun korang rasa macam semua mata-mata pandang korang baik lah korang cari pakaian yang lain sahaja.