5 Perkara Yang Headhunter Tidak Akan Sesekali Beritahu Pada Korang - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

5 Perkara Yang Headhunter Tidak Akan Sesekali Beritahu Pada Korang - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 18, 2016
pada 7:31 AM

Korang pernah dengar tak apa itu headhunter? Bukannya pemenggal kepala ke apa tau, headhunter ni ada kena mengena dengan mencari kerja. Headhunter ini mereka ni seperti radio bergerak. Diorang tahu kesemua in and out maklumat daripada job market dan mereka lah orang pertama yang tahu jika ada sebaran opening job atau tidak.

Mereka akan dapat tahu mengenai kerja kosong yang mungkin tidak akan diiklankan langsung di surat khabar atau di mana-mana sahaja. Seorang headhunter yang berpengalaman boleh mencari sebarang kerja dengan lebih efisyen daripada korang job seeker ni. Goal mereka satu je, iaitu cari kerja yang sesuai dengan diri korang. 

Jika korang dapat kerja yang dimahukan, mereka akan dapat bayaran. Ianya bukan kemenangan satu pihak sahaja kerana koranng juga akan berpuas hati dan happy serta company tersebut pun akan gembira juga. Semua pihak akan berpuas hati dan kalau headhunter buat kerja yang bagus, akan dapat recommendation lagi daripada  company tersebut. Mungkin dalam realitinya, ianya satu situasi win-win, tetapi sebenarnya ada beberapa rahsia yang headhunter tidak akan pernah beritahu:

 

1. "Saya dulu kerja biasa-biasa je"

Headhunting ni bukannya satu bidang yang korang boleh masuk kelas dan belajar. Sudah pastinya seorang headhunter pernah melakukan kerja lain sebelum menjadi seorang headhunter. Jadi sebenarnya mereka tidak berapa tahu calon bagaimanakah yang dicari dan tidak berapa tahu sangat mengenai skop kerja yang sednag mereka carikan tu. Pentingnya di sini untuk mereka buat research. Sebagai contoh, mungkin client minta untuk carikan seorang pegawai eksekutif dan mereka akan lakukan proses mencari tetapi mereka tidak tahu samada individu tersebut calon yang terbaik atau tidak.

Maksudnya mereka ini adalah generalist, jadi company tersebut perlu berikan maklumat yang cukup dan terperinci untuk nak lakukan proses mencari. Jangan ingat yang mereka ini tahu semuanya dan hanya cakap je "Saya nak cari seorang guru." Iyelah guru, tetapi nak yang bagaimana? Kelulusan apa? Ciri yang bagaimana? Semuanya perlu jelas.

 

2. " Saya tak baca lagi resume dan cover letter awak"

Keputusan headhunter untuk nak telefon korang ni sebenarnya berdasarkan sekilas pandang je mereka tengok resume tu. Jadi pastikan dalam masa 5-10 saat tu mereka boleh baca dan nampak semua maklumat yang penting. Tulis resume dalam lebih kurang 2-3 muka surat dan kesemua pengalaman penting letakkan di atas sekali. Beritahu mengapa korang ni istimewa sangat sampai kena ambil bekerja. Satu ayat sahaja mereka boleh ketahui korang ni "team player", "dinamik" "rekod kerja yang terbukti". 

 

3. "Awak ni tak berketerampilan menarik"

Ini adalah perkara ketiga yang headhunter tidak akan beritahu pada korang. Cara pemakaian korang tu, cara pembawaan diri, cara korang bercakap, semuanya sangat penting sebelum headhunter berhajat untuk nak present kan korang pada client. Walaupun jawatan kosong yang terbuka hanyalah satu, tetapi headhunter mahukan client untuk katakan "Baguslah kerja wak, kesemua 4 calon yang awak cari, semuanya hebat-hebat." 

Jadi recruitment ini sebenarnya adalah satu sains dan juga seni. Kalau headhunter ada telefon korang bertanyakan mengenai kerja, itu maksudnya mereka rasa korang boleh lakukannya. Dan bila korang lalui sesi temuduga dengan berjayanya itu menunjukkan nilai sikap dan motivasi diri. Cara untuk nak Wow kan headhunter adalah, impress mereka. 

 

4. "Awak ni tak kompetitif dengan pasaran kerja sekarang"

Tidak ada pengganti untuk solid education. Jika korang mahukan kerjaya memang akademik itu sangat penting dan ilmu pengetahuan juga. Kalau korang tak berkesempatan untuk dapatkan sijil MBA dari Harvard, korang boleh cari pengganti lain iaitu dengan melakukan pembelajaran secara online. Ada banyak universiti serta course yang ditawarkan secara online. Nak berjaya dan kalahkan mereka yang lain mesti kena guna akal pemikiran. 

 

5. "Saya mungkin tidak akan carikan awak kerja"

Seorang headhunter mungkin akan menelefon korang untuk bincangkan mengenai kekosongan kerja yang kena dengan apa yang korang mahukan. Biasanya, headhunter ini sistem mereka sebegini, merkea akann cari sekurangnya 10 calon dan hanya berikan shortlist sebanyak 3-4 calon sahaja. Hanya seorang sahaja yang akan diambil bekerja jadi kadar peratusan itu hanya 25-33% sahaja.

Apa-apa pun korang sendiri yanng perlu tolong diri sendiri dan bukannya orang lain yang tolong diri korang. Jangan terlalu bergantung pada headhunter sahaja dalam mencari kerja. Usaha itu perlu datang dari diri sendiri dahulu. Jadi selamat maju jaya  dalam mencari kerja!