Tiba-tiba Perangai Pekerja Korang Berubah, 5 Tabiat Ini Tanda-tanda Mereka Tidak Gembira Bekerja.
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

Tiba-tiba Perangai Pekerja Korang Berubah, 5 Tabiat Ini Tanda-tanda Mereka Tidak Gembira Bekerja.

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 18, 2016
pada 8:55 AM

Sebagai seorang majikan, korang mempunyai banyak tanggungjawab. Kena banyak idea dan kreatif, menjaga kewangan, pelanggan dan yang sering korang lupakan ialah menjaga kebajikan atau jaga hati para pekerja korang. Mungkin bagi korang pekerja gembira atau tidak semasa bekerja tu tak penting untuk company. Korang sebagai majikan ini silap kerana mereka inilah penggerak dan tulang belakang kepada company. Setakat dibayar gaji tetapi tidak pentingkan kebajikan pekerja. Siapa yang gembira kan buat kerja?

Walaupun perkara remeh temeh, jika pekerja itu dah terlalu bosan pun akan pergi meninggalkan kerja semasa dan cari kerja lain. Masa tu dah terlambat korang nak menyesal kerana pekerja terbaik korang yang ada tu dah tidak bekerja lagi. Admin faham korang sebagai majikan mungkin terlalu sibuk, tidak perasaan hingga kadang-kadang lupa untuk makan. Tetapi carilah masa untuk pekerja korang juga. Sekurang-kurangnya para pekerja tahu yang mereka masih ada tempat di dalam company itu. 

Jadi sebelum perkara ini terlambat, jom kita kesan tanda-tanda yang pekerja korang tu tak suka / takde hati kerja dengan korang tu :

 

1) Buat kerja paling minimum ( ala kadar ).

Walaupun korang ni sebagai majikan, mahupun sebagai pekerja, Mestilah nak buat kerja melangkaui jangkaan kan. Jika pekerja korang tu bekerja dengan tiada matlamat dan bekerja dengan ala kadar, yang boleh menjadi tanda mereka tidak lagi berminat untuk pekerja. Kalau mereka berminat mestilah ada matlamat dan bersungguh-sungguh melakukan kerja.

 

2) Tunggu masa.

Sanggup ketepikan kerja penting, terkejar-kejar waktu rehat, balik dan suka ambil cuti. Jenis yang tak sabar dan asyik tengok jam bila nak pulang ke rumah. Dan paling best bila hari minggu akan tiba. Terlalu obses dengan masa dan bila majikan suruh stayback sikit dan buat muka. Apakah puncanya? adakah mereka memang tak berminat nak buat kerja? Jadi korang sebagai majikan haruslah berjumpa dengan para pekerja dan tanya mereka jika ada masalah.

 

3) Kurang pengilbatan dengan company.

Kalau ada ade seminar-seminar syarikat sering mengelak diri untuk membantu. Kalau ada event untuk para pekerja pun tidak mahu campur tangan. Dengan memberi berbagai-bagai alasan. Sebelum ini mereka okey sahaja untuk sertai segala aktiviti company, tidak kiralah business trip ataupun memang company trip. Tetapi kebelakangan ini mereka korang mengambil bahagian dan sering melarikan diri. Bukan sekali tetapi sudah banyak kali. Memang ada masalah dengan coworkers lain ataupun majikan mereka sendiri? Lebih baik korang selidik.

 

4) Kekurangan idea dan maklum balas.

Pekerja yang suka bila bekerja, mereka menunjukkan minat dan kesungguhan. Pada mulanya memang prestasi yang sangat memberangsangkan. Tetapi lama kelamaan pekerja korang ni dah macam ketandusan idea dan tidak bermaya. Jika bertanya mengenai maklum balas pun seperti mahu dan tidak mahu. Dan maklumat yang diberikan seperti tidak berguna dan boleh dipakai. Jika berlarutan begini. Korang tunggu sahaja lah surat berhenti daripada mereka. 

 

5) Kepercayaan.

Walaupun korang dah bersemuka dengan para pekerja, mereka masih tidak mahu memberitahu punca masalah. Sebagai satu team korang kenalah bina kepercayaan antara satu sama lain. Jika korang nampak seperti mereka cakap belakang pasal majikan, mungkin mereka ada masalah dengan persekitaran kerja. Memang mereka tak mahu untuk bekerja sama dan nampak sangat buat kerja kurang ikhlas.

Kadang-kadang mereka suka menyimpan dan tidak mahu luahkan untuk mengelak konflik, bila bagi kerja sikit dah mula mengeluh dan resah. Kadang boleh ditunjukkan dengan isyarat badan yakni kelakuan mereka. Bahaya sebenarnya kerana mungkin mereka ada masalah peribadi, kalau korang ini mengambil kisah, perlulah tanya perkara sebenar dan tidak perlu memaksa, asalkan korang tahu perkara sebenar tu tidak apa.