Carian Pekerja Berkelayakan SPM! Gaji RM3500 Sebulan & Berhampiran Dengan LRT! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Carian Pekerja Berkelayakan SPM! Gaji RM3500 Sebulan & Berhampiran Dengan LRT! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 18, 2016
pada 9:07 AM

Masih mengalami kesukaran untuk mendapat kerja yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam? Hanya berkelayakan SPM & risaukan peluang pekerjaan yang tipis? Pan Line Consolidated Sdn Bhd kini menawarkan jawatan kosong berhampiran dengan pengangkutan awam keretapi & bas khas untuk korang semua! Bergaji sehingga RM3500 sebulan sebagai pembantu admin & akaun memang untung habis untuk korang mohon! Korang juga berpeluang meningkatkan kerjaya di syarikat ini. Best kan? Jangan tengok saja, jom mohon kerja ini sekarang!

 

Keperluan

  • Calon-calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya SPM / STPM / "O" Level dalam apa jua bidang
  • Sanggup belajar dengan sikap yang baik
  • Sebaik-baiknya wanita
  • Jawatan sepenuh masa 
  • Tiada pengalaman kerja diperlukan
  • Graduan baru dialu-alukan untuk memohon

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab kepada tugas perkeranian am seperti dokumentasi maklumat, kemasukan tarikh dan menyediakan sokongan pentadbiran kepada syarikat
  • Pengendalian perakaunan am dan tugas-tugas pentadbiran.

 

 

Manfaat tambahan

  • Bekerja di lokasi berhampiran dengan pengangkutan awam (Ampang Park)
  • Peluang untuk kemajuan kerjaya

Lokasi Kerja

Semua orang boleh memohon jawatan kosong ini kerana tiada lagi isu kesukaran hendak ke tempat kerja, Pan Line Consolidated Sdn Bhd terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berhampiran dengan pengangkutan awam keretapi LRT (Ampang Park). Tak usah pening kepala kerana semua kemudahan ada berhampiran dengan tempat kerja. Jadi tunggu apa lagi? Mohonlah sebagai Pembantu Admin & Akaun hari ini sebelum terlambat!