Apa Yang Korang Dah Capai Untuk Tahun 2016 Ini? Jom Semak Balik - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Apa Yang Korang Dah Capai Untuk Tahun 2016 Ini? Jom Semak Balik - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 19, 2016
pada 3:27 AM

Dah nak penghujung bulan December bermakna buku untuk tahun 2016 pun bakal tutup. Bagaimana dengan segala matlamat atau impiana yang kornag dah pasang awal-awal Januari dulu?  Berapa banyak yang dah tercapai atau orang kata "done and dusted"? Dan berapa banyak lagi impian yang tak sempat di capai untuk tahun ini? Sekarang mari kita fokus pada bidang kerjaya dahulu, sebab kalau nak capai impian dalam hidup ni besar sangat.

Cuba duduk sebentar, buka kembali senarai "Azam 2016" korang dan mari kita lihat satu persatu apa yang sudah berjaya dicapai dan apa yang belum lagi. Untuk lebih senang, mari kita tanyakan pada diri sendiri 5 soalan ini:

1. "Apa career goals yang saya dah capai?"

Tahun 2016 ni banyak betul pancarobanya, ada naik turunnya dan terkadang ada masalah yang menimpa. Itu semuanya lumrah hidup dan yang pentingnya di sini adalah bagaimana korang hadapi masalah sebegitu. Kalau korang hadapi dengan penuh kesabaran dan tekut, itu terbaik! Korang ada dapat sebarang promotion ke seperti yang diharapkan?

Senaraikan kesemua yang korang sudah capai tidak kira lah ianya pencapaian besar atau kecil sekalipun. Walaupun korang dapat kenaikan gaji yang minima pun itu sudah dikira pencapaian juga. Perhatikan senarai itu, itu lah yang akan membakar semangat dan motivasi korang tau. Yang pentingnya dalam kehidupan ini adalah korang lakukan progress dan bukannya statik sampai bila-bila. 

 

2. "Saya ada tajamkan lagi ke sebarang skill?" 

Satu petanda yang lagi jelas untuk dilihat dalam bidang professional ini adalah lihat pada kemahiran korang tu. Adakah ianya bertambah tajam dan mahir ataupun sama sahaja seperti dahulu? Fikirkan kembali apa yang korang sudah lakukan untuk nak tambah kemahiran korang tu, mungkin dengan mempelajari atau berguru dengan orang lain. Mungkin juga korang ada hadiri sebarang conference ke atau sebarang kelas. 

Ada dapat sebarang sijil penghargaan ke? Ini semuanya tanda yang korang dah naikkan lagi skill yang ada. Kalau korang tak berapa nak tahu sangat apa skill yang dah dicapai cuba minta feedback dari majikan korang. Majikan korang boleh beritahu dari sudut yang korang tidak boleh nampak.

A sure sign of professional growth is to compare the size of your skill set at the beginning and end of a year.

 

3. "Apa perkara yang pernah berlaku di office yang harap sangat boleh diubah?"

Tidak ada sesuatu perkara pun yang korang nak cuba undurkan kembali masa dan ubah. Wah, bagusnya memang korang perlu kongsikan rahsia ini kepada satu dunia. Tapi secara realistiknya, mesti ada juga satu dua perkara yang korang mahu undurkan masa dan ubah, betul tak? Manusia tidak pernah sempurna, betul tak?

Cakna dengan kesalahan yang dilakukan atau menyesali atas apa yang berlaku adalah satu langkah yang menunjukkan korang ni tidak akan mengulangi lagi. Langkah yang seterusnya pula adalah jangan ulangi lagi jalan yang salah itu. Kalau korang terlepas apa-apa peluang, apa  cara yang boleh diambil untuk nak dapatkan kembali peluang yang bakal datang? Korang perlu belajar bagaimana untuk nak hindari kesalah tersebut.

 

4. "Happy ke dengan kerja sekarang ni?"

Kalau jawapannya yes, cuba korang gali lebih dalam lagi apa yang membuatkan korang ni happy? Korang bersemangat ke dalam kerja yang dilakukan? Adakah ianya disebabkan oleh orang-orang di sana? Adakah ianya disebabkan oleh halangan yang mencabar diri korang untuk kekal happy? Walau apa pun yang membuatkan korang happy dalam melakukan kerja, korang kena sentiasa semat dalam diri dan katakan "ini lah yang membuatkan diri sentiasa happy melakukan kerja."

Kalau korang tak rasa seronok melakukan kerja, cuba korang cari mengapa dan apa sebabnya korang rasa tak happy. Bila korang dah dapat tahu, boleh lah cuba untuk perbaiki untuk tahun seterusnya. Ketahui yang korang ni ada kuasa untuk mengubah perjalanan dan rentak hidup. Ambil masa untuk fikirkan apa yang perlu diubah dan bagaimana, dan ia juga mungkin melibatkan korang untuk tinggalkan kerja lama dan move on! 

 

5. "Apa goal yang nak dicapai untuk tahun depan dan bagaimana nak dapatkannya?"

Tak ada gunanya kalau korang nak toleh ke belakang kalau korang tak belajar dari kesilapan dahulu, lakukan perubahan sekarang. Selesaikan end year evaluation dengan fikirkan rancangan untuk tahun seterusnya. Paling sesuai sekali kalau korang tuliskan 5 goal dan pecahkan dalam bentuk goal untuk dicapai dalam masa mingguan, bulanan dan tahunan. Beritahu pada orang yang korang rapat, bagaimana nak capai goal tersebut. Selamat berjaya semuanya! 

Diharapkan semuanya berjaya dalam mencapai matlamat hidup dan mampu untuk mengubaha diri ke arah lebih baik. Tidak apa kalau goal tahun ini tidak semuanya dapat dipenuhi, sekurangnya koranng sudah berjaya capai separuh daripadanya bukan? Masih ada masa lagi untuk perbaiki diri dan jadi seorang yang lebih baik. Ini hidup korang jadi korang berkuasa sepenuhnya untuk ubah diri korang. Kalau ini bukan jalan kerjaya yang korang mahukan, maka ubah segera! Jangan seksa diri lagi.