Sebagai Beginner Entrepreneur Korang Jangan Abaikan 10 Undang-Undang Media Sosial Ini - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Sebagai Beginner Entrepreneur Korang Jangan Abaikan 10 Undang-Undang Media Sosial Ini - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 19, 2016
pada 4:28 AM

Korang baru ceburi bidang sebagai  Entrepeneur, baru berjinak-jinak dan tak tahu macam mana nak mulakan, semua orang dah tahu pada masa kini sosial media menjadi platform utama untuk mempromosikan / marketing setiap produk, servis dan maklumat mereka. Satu insentif yang sangat berguna yang telah diciptakan untuk memudahkan kepada para pengguna untuk berkomunikasi / bisnes dan banyak lagi. Tetapi jika berlebihan pengunaannya dan tidak disekat, Boleh menjadi sangat bahaya. Antara sosial media yang ada ialah instagram, twitter, facebook, linkedin, blog dan banyak lagi.

Tak semudah itu untuk membuat marketing di laman sosial, ada yang menggunakan jalan mudah iaitu hanya menggunakan 'boost content' / 'promote'  dengan menggunakan sedikit bayaran. Memandangkan korang baru nak mula dan mempunyai belanjawan yang terhad. Disini ada 10 undang-undang sosial media yang korang kena tahu dan sangat mudah untuk korang ikut. Teknologi masa kini boleh dikatakan hebat juga kerana laman sosial juga boleh buat duit :

1) Undang-undang mendengar.

Kejayaan untuk marketing di sosial media ialah mendengar dan kurangkan bercakap. Target mana-mana korang punya target pembaca / pembeli, dan cuba masuk perbincangan mereka dan apa yang mereka mahukan yakni penting bagi mereka. Kira nya macam ambil kesempatan di masalah dia orang lah.

 

2) Undang-undang fokus.

Setiap isi kandungan untuk di terbitkan di laman sosial tu perlu dititik beratkan dan fokus pada objektif utama. Tapi jika diselitkan topik lain daripada yang lain pun apa salahnya. Supaya pembaca tidak terlalu bosan dan menarik pembaca dari kalangan yang berbeza. Asalkan mereka ada ternampak produk kita dan hanya membaca tu dah kira bagus.

 

3) Undang-undang kualiti.

Kualiti melawan kuantiti, ia lebih baik korang mempunyai 1,000 pembaca dan mereka memberi komen, liked dan share untuk dikongsikan kepada pengikut mereka pula. Jadi ia dapat menambahkan korang punya bilangan pembaca dan pengikut.

 

4) Undang-undang sabar.

Ia tidak mungkin untuk sekelip mata terus berjaya. Dah tak perlu juga hingga lewat mempromosikan produk, maklumat dan servis korang tu. Siapa nak baca tengah malam kan? Jadi korang kena buat keputusan yang tepat untuk digunakan jangka masa panjang.

 

5) Undang-undang kompoun.

Jika korang post benda yang sangat menarik, dapat meningkantkan bilangan pembaca, dan mereka akan mungkin akan post di twitter. instagram dan facebook dan mungkin menjadi sesuatu yang viral. Paling menarik orang akan teruja apakah yang menarik sangat pasal post korang ni dan mulakan pencarian di enjin-enjin google dan lain-lain.

 

6) Undang-undang pengaruh.

Habiskan masa untuk mencari pembaca yang akan berpotensi bagi korang. Berkomunikasi dengan mereka melalui talian dan cuba cipta hubungan dengan mereka. Jika mereka sudah terperanguh dengan kualiti yang korang berikan, mungkin mereka akan share post korang tu kepada orang lain juga. Dan ia dapat meningkatkan korang punya jumlah pembaca.

 

7) Undang-undang nilai.

Korang menghabiskan masa dengan produk korang tu sahaja. Orang akan cepat bosan dan berhenti membaca. Korang mesti menambah nilai disetiap komunikasi, kurangkan bercakap dan tambahkan nilai dan content korang. Contohnya boleh juga jika korang post video-video hiburan dan mencuit hati untuk dikongsikan kepada orang lain.

 

8) Undang-undang pengetahuan.

Takkan nak post tanpa apa-apa benda yang tidak sahih kan? Paling penting korang kena research dahulu barulah korang boleh post. Mestilah taknak tunjuk kebodohan itu di khalayak umum. Jadi sebab itu kena berhati-hati dan cuba jadi professional. Tunjukkan yang korang ni seorang yang berpengetahuan.

 

9) Undang-undang kebolehan.

Lepas je publish korang punya coentent tu korang terus senyap. Ada orang memberi pesanan peribadi dan komen pun korang lambat balas dan mahu tidak mahu je. Ada kemungkinan besar mereka akan hilang minat dan tukar kepada orang lain. Kerana sikap orang ni mudah bertukar-tukar dan bila-bila masa sahaja mereka akan lari kepada orang lain.

 

10)Undang-undang keadilan.

Setiap masa orang lain yang akan bercakap mengenai produk/servis korang sahaja. Apa kata mewujudkan persaingan yang sihat. Sesekali korang bercakap pula mengenai produk / servis dan bisnes orang lain pula. Selain bertindak adil, korang juga dapat berkongsi ilmu dan belajar taktik baru.

 

 

Mudah sahajakan? Walaupun korang ada komitmen lain dan sudah bekerja sebagai full time, tetapi apa salahnya untuk lakukan dua kerja. Dapat lah sikit menampung duit poket korang tu. Pengaruh itu sangat penting, tetapi orang sekarang sangat licik kerana menggunakan cara yang  berunsur negatif untuk meningkatkan bilangan pembaca. Jadi admin harap korang tidak lah seperti itu dan gunalah cara yang sihat dan adil. Betul tak ?

SUMBER ** ENTREPRENEUR